Archive for June, 2007

Post-Examination

Thursday, June 28th, 2007

Scene 1 - Dalam bas - Chemistry Exam.

"Ko boleh lagi mengantuk dalam bas, tgh org lain chuak nak exam ni?"

Shanjif menyapa aku yang menguap luas, mengalahkan hipopotamus dalam lopak.   

"Ko kene faham, Shanjif, bila aku nervous, aku kekurangan oksigen. Sbb tu aku menguap!"

                  

Scene 2 - Biology Exam!

"Teacher, i’ve never got any good marks in class.. can you give me piat (5) this time?"

Elena Mikhailovna usha slack kat aku. Pastu dia nak tergelak kejap. Dia usha slack kat aku lagi.                     

"Ok..tell me please, what do you know about ‘Processing’?"

          Aku pulak blur. ‘Processing’ hapekejadahnye ni….                  

"Processing, as in protein synthesizes?"

Dia menghanggukkan kepalanya. Aku tahu protein synthesis! Dari awal2, replication, Okazaki Fragments, translation of RNA, transcription, Helicase, Ligase, sumer aku tau! Tapi mana penah aku dengar pun ‘Processing’? ‘Splicing’ ada ar, proses di mana hnRNA undergo splicing for removal of introns, retaining only exons in order to convert succesfully into mRNA.

"Er..processing is included in protein synthesize process, in which started by transcription which contains 3 phases - initiation, elongation and termination.."

"I know about protein synthesize. Now tell me about ‘Processing’"            

Aku dah blur. Lalu ku menundukkan kepalaku tersipu2..

         

"I think i’m okay with 4 teacher.."    

                                     

Scene 3 - Exam Latin.

Tatiana Mitrofanova membelek2 kertas jawapan aku. Tersengguk2 dia check setiap patah perkataan yg aku tulis. Sengaja nak cari kesilapan agaknya, dia mmg camtu - bukan boleh tgk ada kertas yg betul semua, mesti ada ja yg dia nak salahkan.                               

"Good, perfect! You got all correct in grammatical section! Excellent! Now tell me, what’s the difference between 3rd declension nouns with ending -o between masculinum and femininum gender?"

"Owh. The 3rd declension nouns with ending -o are exactly two syllable in masculinum gender, and are multisyllable in femininum gender."

"Good. Now tell me, in what type the adjectives of 3rd declension are defined?"

"Hmm…in vowel type, teacher"

"Good! Excellent! Perfect!"                     

Aku terkejut. Alhamdulillah! Hidung aku dah start kembang, tambah dengan word ‘Perfect’ yang dia bagi tu, inshaAllah takdak halangan ar aku nak dapat piat. Tapi lepas ni ar masalahnya, part clinical terminology lak. Huhu.                        

"Good! You got almost all correct in clinical part. Only one or two mistakes, it’s forgivable."

"Thank you, teacher!"

"Now tell me, what does ‘propaedeutica’ means?"

"Err…introduction to medical discipline?"

"No, it’s introduction to clinical medical discipline. Now tell me, what do the word ‘pathologia’ means?

"Er…study about diseases."

"You’re right, and the other meaning?"

"The other meaning??"

"Yes, the word ‘pathologia’ has two meanings. Don’t tell me that you don’t know them both!"

"Er..i knew teacher, but i forgot"

"That’s it. You only got 4."                        

Damn it! Can you guys imagine in?? Perfect in Grammatical section! Perfect in Clinical writing section! Only several mistakes in Clinical oral question, and i’m down one grade!!

                                                   

Well, that’s Russian Examination style. Sepanjang exam ni, syukur alhamdulillah, aku takdela teruk sangat pun. Got 4 for my Biology, Physic and Latin, and 5 for my Chemistry. As for Malaysian Examination System, 5 (otlichna) is equivalent to A (Excellent), 4 (kharasho) to B (Good), 3 to B (satisfactory) and below that is fail - means you have to retake the exam either this semester or next semester.

Syukur alhamdulillah semuanya dah berakhir! Tak sabar nak balik Malaysia~!!!

Mata lelaki….

Wednesday, June 20th, 2007

Just a quick copy-paste tazkirah, gotta prepare for the final paper tomorrow, Latin Language. Pray for my success~!!

Rahsia yang perlu dijaga…..

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,  maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
Maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,
Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Exam Mode

Thursday, June 7th, 2007

Assalamualaikum.

This might be the last post before i start to concentrate on my examination…

               
                  

Minggu lepas mmg aku rungsing gler. Parasitology aku kena repeat 4 test - Protista, Cestoidea, Trematoda ngan Nematoda. Anat kena prepare untuk kontrol Respiratory system. Histo kena prepare untuk Nervous Tissue. Mmg betul2 rungsing. Dan di saat itu tiadalah lain yang mampu aku buat melainkan menadah tanganku dan berdoa, semoga Allah mempermudahkan jalan aku…

Dan benarlah bahawa sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

Hari jumaat, cikgu Anatomy, Stelnikova bgtau kontrol untuk Respiratory dia tak jadi buat! Terus dia minta zachot book kitorang n sign, tanpa banyak soal. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati aku!

So i spend the whole weekend study untuk Parasitology. Bayangkan, keempat2 topik tersebut dimuatkan dalam kepala otak aku. Lebih 20 spesis, yg mana aku kena hafal morfologinya, life cycle, infection, disease, diagnosis n symptoms! Syukur alhamdulillah, Allah beri aku ketenangan dan kekuatan minda yg luar biasa.

Lalu pada hari Isnin, aku jumpa Elena Mikhailovna, cikgu Bio dan buat repeat untuk 2 test pertama - Protista dan Cestoida. Aku lepas tanpa banyak masalah, even member aku yg ada skali waktu tu pun bgtau, aku cam robot je explain depan Elena tu. hehe.
Dan hari kedua, aku setelkan Nematoda. Aku tgh chuak lagi waktu tu, sebab Trematoda aku tak hafal lagi. Sekali lagi, syukur alhamdulillah, Elena lepaskan aku untuk test terakhir tu. Dan aku pun dapat zachot Biology…

Dan time aku baru nak bukak buku study Histology lak, member aku bgtau aku - Prof. Radaiev cancel kontrol Nervous System. Tunda ke semester depan, katanya. Saat itu hati aku tersentuh - betapa Allah telah permudahkan urusan aku - dibukakan jalan dihadapanku seluas-luasnya, syukur alhamdulillah!

Kini, semua zachot aku dah setel. Aku dah dapat stamp dari Dean’s Office, untuk membenarkan aku amik exam. And guess what, my first exam - Sabtu ni. Medical Physics.

Actually aku tak ikut jadual sebenar. Kalau ikut jadual, i’m supposed to having med.physic on 14, biology on 18, latin on 21st and chemistry on 28th. Tapi tak tau la sebab apa, aku ingat nak setelkan awal ah.

So my exam schedule is –> Medical Physics (9th), Bioorganic Chemistry (14th), Biology (17th) and Latin Language (21st).

Which is….not very suitable sebenarnya. Memandangkan aku akan balik lambat, (6th July), meaning between 21 and 6th tu aku akan lepak je kat bandar N.Novgorod ni doin nothing~!! Waaa~!!

Though knowing that, still, i wanna do the exam early. Ntah ar, takut ar tunggu lama2. Makin chuak. Baik aku buat cepat2, after that i can have plenty of time for myself to feel relieved. Tak gitu?

Overall, walaupun exam kali ni lebih banyak bbdg last sem, tapi aku rasa lebih tenang. Tak macam sem lepas, mmg tertekan gler aku. Betullah firmanNya dalam ArRa’d: "Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan tenang"…

====================================================================================

Maybe I’m just scared
To face the things I fear
It’s easier to walk away from everything
                  
Pray for me nowI’m in need of faith
Pray for me now I’m in need…