Aku dan ibuku..
Blessed is your face
Blessed is your name
My belovedBlessed is your smile
Which makes my soul want to fly
My belovedAll the nights
And all the times
That you cared for meBut I never realized it
And now it’s too late
Forgive meNow I’m alone filled with so much shame
For all the years I caused you pain
If only I could sleep in your arms again
Mother I’m lost without youYou were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only I knew what I know today
Mother I’m lost without youUmmahu, ummahu, ya ummi
Wa shawqahu ila luqyaki ya ummiUmmuka, ummuka, ummuka ummuka
Qawlu rasulikaFi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummiRuhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktiniMan siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘Afwaki ummi
Samihini…
Saya tak berapa biasa bercakap mengenai ibu saya. 5 tahun yg penting dalam peringkat keremajaan saya dihabiskan di MRSM PDRM, sekaligus meninggalkan satu kesan yg agak mendalam pada diri saya.
10 tahun yang lepas, adik perempuan saya dilahirkan. Adik beradik saya semuanya lelaki ketika itu, maka kehadiran adik perempuan memanglah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh ibu bapa saya. Sebagai anak bongsu ketika itu, saya menempuh satu konflik yang amat ketara dalam pembentukan diri saya.
Ah, terkenangkan waktu dulu, segan pula saya nak cerita. =)
Biasalah kan, adik bongsu ketika itu, menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga. Pada peringkat awalnya, memang saya cukup gembira! Malah saya turut diberi peluang dalam proses penamaan adik saya itu - dengan menambahkan prefiks "Siti Nur". Hehe.
Tapi keseronokannya hanyalah sekejap. Tak lama lepas tu, naluri keanak-anakan saya tercabar, lebih-lebih lagi apabila merasakan ibubapa saya lebih menumpukan perhatian kat adik baru saya. Anak perempuan tunggal, bungsu lak tu - saya tak tahulah sama ada normal atau tidak tetapi saya berpendapat adik saya itu bagaikan terlalu dimanja - perhatian yang selama ini diberikan kepada saya.
Era awal pemberontakan zaman kanak-kanak saya amat pahit. Saya lakukan macam2 untuk dapatkan kembali perhatian dari ibubapa saya. Sama ada secara baik, atau ‘nakal’. Saya study betul2, hinggakan sepanjang pengajian sekolah rendah saya, saya tak pernah dapat tempat lain selain pertama dalam peperiksaan akhir! (Kecuali final semester darjah 2 - tempat ketiga). Saya begitu desperate nak dapatkan kembali perhatian dari ibu bapa saya, macam2 saya lakukan (tak perlulah saya ceritakan semuanya..hehe).
Tapi semuanya tak berjaya. Ternyata kehadiran adik baru telah membuatkan diri saya seolah-olah tenggelam, diselubungi kabut. Sungguhpun saya cuba macam2 - jadi ketua pengawas, masuk pertandingan elocution, jd tokoh pelajar etc. Tapi saya tetap tak dapat menandingi adik saya ketika itu - yang baru berumur 4 tahun! Selalu apabila saya berkelahi dengan adik saya, ternyata mak saya tetap akan memenangkan dia. "Abg kenalah mengalah ngan adik". Satu peraturan yang telah ditanam secara halus dalam diri saya yang masih kecil itu. "Kalau hang nk sgt berkeli ngan orang, pi duk lam hutan tu. Duk sorang2, takdak org nak kacau hang!" - Ayat ibu saya ketika saya berkelahi dengan adik saya. Alat permainan saya dirampas, untuk diberikan kepada adik saya. Masih terpahat dalam ingatan saya bagaimana satu permainan video saya telah sengaja dihempaskan ke lantai sehingga pecah - hanya kerana saya tak mahu berkongsi dengan adik saya. Jiwa kecil saya yang rapuh ketika itu benar2 dirundum kesedihan.
Sehinggalah apabila kecemerlangan saya dalam UPSR, membuka peluang saya ke MRSM. Hati kecil saya ketika itu merintih, "Mak ngan abah dah ada adik, so aku blah dari rumah ni pun tak apa". Hehe..sungguh pelik saya ketika kecil dulu. And honestly, that’s the reason i went to MRSM - to get out of the house.
MRSM yg saya dapat terletak di Kedah, sedangkan family saya ketika itu di Kelantan, (kemudian terengganu dan sabah). Maka setiap kali pulang bermalam, saya akan pulang ke kampung halaman saya di Alor Star. Sepanjang 5 tahun saya hanya bertemu dengan family saya cuma setahun 2 kali - ketika cuti semester. Satu tempoh yang cukup singkat!
Dan di MRSM juga, semangat saya tetap berkobar2. Saya teruskan study, dan study, untuk membuktikan diri saya. Dan akhirnya pengorbanan saya tercapai.
Pada hari graduasi Tingkatan 5 MRSM PDRM, pertama kali saya melihat air mata ibu saya mengalir untuk saya ketika saya dianugerahkan pelajar terbaik keseluruhan. Dan saat itu saya sedar, saya tak perlu bersaing dengan adik saya untuk merebut kasih sayang. Saya tak perlu cemburu sekiranya adik saya mendapat lebih banyak perhatian.
Saya hanya perlu menjalankan tanggungjawab saya terhadap ibubapa, tak kira walau dalam apa jua keadaan. Dan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membuatkan mereka gembira.
Dan kini, saya amat berterima kasih dengan keluarga saya. Ibu saya - terus terang saya cakap, saya jarang mengucapkan bahwa saya sayang padanya. Saya tak ingat dah bila kali terakhir saya luahkan bahawa saya sayang kepadanya! Hakikatnya, ya, saya sangat sayang kepadanya! Dia mungkin sekadar seorang kerani yang dah 15 tahun tak naik pangkat di balai polis biasa, namun kasih sayangnya kepada keluarga (baca: kepada saya) sudah cukup untuk membuktikan bahawa dialah ibu saya!
Kalau tidak kerana ibu saya, mustahil saya dapat berada di perantauan ni. Saya pernah bermimpi, saya melihat ibu saya mendoakan kesejahteraan saya selepas solat. Walaupun sekadar permainan tidur, tapi saya percaya, bahawa doa ibu sayalah yang telah menjadikan diri saya sekarang ni. Dan saya amat berterima kasih.
Khas buat ibu saya (walaupun saya tahu, dia buta IT dan tak mungkin membaca blog ini)
Selamat hari ibu!
Fi qalbi, fi hulumi
Anti ma’i ya ummi
‘Afwaki ummi
Samihini…
May 14th, 2007 at 3:54 am
=’]
iBu terHaru kiD..
iBu terHaru..
=’]
iBu d0akan kiD berjaya ye~