Archive for February, 2007

Hatred vs Hurted

Wednesday, February 28th, 2007

Aku cuba pertahankan ukhwah fillah ini dengan pelbagai cara sekalipun. Ukhwah ini sudah tiada harapan, agaknya. Apa lagi mampu aku lakukan?  Semakin aku mencuba, semakin aku tersiksa. Adakah ini ujian? Perlukah aku terus mencuba, lillahi taala? Atau perlukah aku mengundur diri, lillahi taala? Ya Allah… sesungguhnya aku perlukanMu..

    "Alasan yang kuat hanya pada Allah. Maka kalau dia menghendaki, nescaya kamu semua mendapat petunjuk." [6:149]

Aku bukanlah seorang penyair untuk menuturkan kata-kata puitis, tak pernah aku menempuh aliran sastera di sekolah menengah. Apa yg muncul di mindaku, berasal dari jiwaku, lancar di tanganku untuk ku luahkan. Mereka pelik apabila aku menuturkan kata-kata puitis, sedangkan aku bukannya pelajar aliran sastera. Tetapi mereka tidak pelik apabila Rasulullah yang buta huruf mampu menyampaikan firmanNya yang penuh dengan gaya bahasa agung dan sintaks yg hanya Dia yg mampu ungkapkan? Alangkah dangkalnya pemikiran mereka!

Sepertimana yang aku sedia maklum, ramai orang menyangka diri mereka memahami aku. Walhal tiadalah sedikitpun mereka faham akan perasaan aku. Apatah lagi meneka apa yang bermain di fikiranku. Dan hanya dengan sedikit pemahaman yang mereka ada itu, mereka cuba menghukum aku. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik penghukum!

Justeru acapkali apabila aku menuturkan kata puitis, mereka menyangka aku seorang penyair. Apabila aku mengerutkan dahi, mereka menyangka aku pemarah. Apabila aku berprasangka baik, mereka menyangka aku penakut.

Tapi tak apalah…sesungguhnya Allah mengetahui, sedang mereka tidak!

Sukarnya mencari manusia yang betul2 memahami diri ini, ya Allah.. tiada siapa pun yang memahami diri aku. Yang cuba untuk memahami pun cuma beberapa orang. Lebih ramai yang suka menghukum aku tanpa membicarakan diri aku. Moga Allah menghukum mereka tanpa membicarakan diri mereka pula.

    "Maha Suci Tuhan kami, sungguh, janji Tuhan kami pasti dipenuhi!" [18:108]

Hatiku Milikmu…

Thursday, February 22nd, 2007

Cerpen > Klik di sini

Cerpen kat link atas ni memang panjang. Tapi demi Allah, cerpen inilah yang pertama membuat air mata aku mengalir. Aku tersentuh, jalan ceritanya, watak-wataknya, membayangkan diriku dan keadaanku sekarang ni. Mesej yang dibawa menjadi motivasi aku, menjadi penenang jiwaku yang sememangnya terperangkap di dalam dilema ini. SubhanAllah..

(Pergilah…pergilah cinta! Aku tak perlukan
cintamu. Ya Allah, hanya Kau yang kudambakan bukan sesiapa di kalangan
makhluk-Mu. Hatiku hanya milik-Mu!)

Aku
dan Umar-AlMujahid ada beberapa persamaan. Dalam beberapa aspek. Aku
juga dikecewakan ‘Asiah Yusro’. Aku juga pernah hanyut dalam dakapan
‘Nur Syafika’.  Sesungguhnya demi Allah, cerpen ini benar-benar
membuatkan aku terpukul. MasyaAllah, alangkah agungNya kekuasaanMu!
Ya
Allah, kurniakanlah aku kekuatan sebagaimana Umar-AlMujahid.
Kurniakanlah aku kesabaran. Kurniakanlah aku hidayahMu! Aku pernah
kecewa dengan wanita. Aku pernah kecewa dalam tarbiyyah. Aku pernah
futhur!

Surah AlBaqarah : 216 menjadi pegangan aku ketika ini.
Ya Allah, andai kau ingin hadirkan seseorang sebagai temanku dalam
perjuanganku ini, maka kurniakanlah aku seseorang dari jalan
tarbiyyahMu.. Dan seandainya tiada wanita sedemikian untukku, maka
tutuplah pintu hatiku ini ya Allah, dan terimalah cintaku ini, hanya
untukMu..

Sesungguhnya…hatiku milikMu..

Sedih….dan kecewa~!!

Tuesday, February 20th, 2007

Ya Allah..aku futhur! Engkau sahaja yang tahu akan kesedihan yang bersarang di lubuk hatiku ini.

"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih, kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman" [Ali-Imran:3]

There’s one person in my life.  Seseorang yang aku sangat banggakan. Bangga kerana dapat menjadi salah-seorang dari kawan-kawannya. Berbangga kerana aku memiliki seorang sahabat sedemikian. Ya, dialah sahabat aku, sepertimana yang aku ceritakan dalam bahagian II post sebelum ini. Sahabat yang aku sanggup mati demi mempertahankannya.

Kami mempunyai banyak persamaan. Dia sukakan Good Charlotte, aku juga mmg die-hard-fan Good Charlotte. Dia meminati Avril Lavigne, dan aku mempunyai koleksi semua album dari Avril. Dia cukup suka dengan kucing, sungguhpun aku lebih berminat dengan hamster. Dia beruang polar, dan aku beruang hitam besar..
Syukur alhamdulillah, kami berdua di atas jalan tarbiyyah, mudah-mudahan Allah melindungi kami..

Demi Allah, aku bersahabat dengannya kerana ukhwah, semata-mata ukhwah di jalanNya, Ukhwah Fisabilillah! Tiada terlintas di fikiranku untuk memperjodohkannya. Tiada terdetik di hati aku untuk memilikinya, kerana hati aku milik Allah yang satu! Tiada sanggup aku menduakan Allah semata-mata kerana seorang wanita yang kerdil di sisi Mu! Ya, aku akui aku memang menyayanginya. Sesungguhnya aku menyayanginya keranaMu, ya Allah!

Setidak-tidaknya, itu yang aku fikirkan. Tetapi dia tidak. Kehadiranku disalahertikan, agaknya. Atau aku yang salah dalam mengertikan kewujudan diriku dalam hidupnya. Mungkin itu yang bermain di fikirannya.

Demi Allah, keranaMu Allah, tiada sanggup ku menagih cinta insan yang sungguh tidak sempurna. Tidak sanggup ku menduakan Engkau, ya Allah. Hatiku sudah pudar kepada mana-mana insan yang cuba mendekati aku. Manusia hambaMu, takkan sama sekali menyaingi Engkau, ya Allah~! Cukuplah Engkau bagiku, kepada Engkau tempat ku mendamba kasih sayang, kepada Engkau tempat aku memohon!

Justeru tiada niat di hatiku untuk memiliki sesiapa, ya Allah! Tiada niat di hatiku untuk memiliki dia! Cukuplah dia sekadar temanku. Sekadar sahabatku yang paling berharga. Kenapa paling berharga? Kerana dia satu-satunya sahabat yang aku jalinkan ukhwah semata-mata kerana Engkau! Ku bersumpah dengan diriku ketika mula-mula menghulur salam ukhwah dahulu, bahawa persahabatan ini akan dibina semata-mata kerana Engkau, ya Allah! Tidak terlintas di fikiranku untuk memikirkan soal jodoh. Ku hanya inginkan dia sebagai sahabatku, hidup dan mati!

Dan sekarang, aku rasa bersalah. Bersalah kepada Allah kerana tidak mampu mempertahankan ukhwah yang terjalin. Ukhwah yang dibina Lillahi Ta’ala kini hampir putus. Atau boleh dikatakan gugur sepenuhnya. Futhur. Entah di mana silapnya. Semakin aku cuba perbaiki, semakin ia rebah. Semakin aku cuba mengubati, semakin ia mudarat. Tiada hipotesis lain dapat aku kemukakan..melainkan hanya mampu aku berserah dan redha kepadaMu..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

Kini aku pasrah. Aku benar-benar… sedih. Sedih…bukan kerana aku tidak mampu memilikinya. Sedih bukan kerana dia tidak ditakdirkan untuk menjadi jodohku.
Tapi sedih kerana ukhwah yang terbina selama itu rebah di tengah jalan. Ukhwah Fillah - kini tidak lagi abadan abada’.

Dan aku kecewa. Futhur, secara literalnya kecundang. Ya, aku kecundang! Entah apa lagi yang harus aku lakukan untuk menegakkan kembali ukhwah ini. Entah apa lagi yang mampu aku usahakan. Entah doa apa lagi yang harus aku panjatkan ke hadrat Ilahi agar ukhwah ini kembali bertaut!

Teringat kata-kata yang sering aku ucapkan. Kata-kata yang menjadi pegangan hidup aku. "Kalau Allah tak menghendaki, usahalah sekuat mana pun. Nescaya yang pasti pun tidak akan menjadi kenyataan!"

"Dan sekiranya Allah menghendaki, larilah walau ke hujung dunia pun. Nescaya yang mimpi pun akan terjelma menjadi realiti!

Dan aku rasakan di antara aku dan dia hanya sekadar mimpi. Realiti yang terjelma menjadi mimpi. Sekelip mata Allah mampu merungkaikan ukhwah yang terbina, kerana Dia tidak menghendaki. Kenapa Dia tidak menghendaki? Jawapannya ada di atas, 2:216.

Ya Allah, andai dia baik untukku, ditakdirkan untukku, maka aku serahkan segalanya kepadaMu ya Allah untuk Engkau aturkan. Engkaulah sebaik-baik perancang, dan sebaik-baik pelaksana. Engkau Maha Mengetahui, betapa ukhwah yang terbina di jalanMu ini menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku, kerana sesungguhnya tiadalah yang lebih indah melainkan ia yang aku lakukan keranaMu..semata-mata keranaMu..

Ya Allah, ku pohon kepada Engkau, jauhkanlah aku dari panahan arjuna syaitan dan nafsu di sekeliling aku. Kentalkanlah imanku menghadapi cabaran insan bergelar perempuan. Aku ingin Engkau sahaja yang bertakhta di hatiku. Dan sekiranya ada di antara mereka yang menyinar pada pandanganMu, yang dirasakan selayaknya untuk aku, maka hadirkanlah dia di dalam hatiku. Namun, jangan Kau kurangkan kasihku terhadapMu. Sesungguhnya ku tidak mahu mati melainkan dalam hatiku ini hanya ada diriMu, penciptaku yang satu!

NeW sEmEsTeR ~ nEw LiFe, perHaPs~?

Monday, February 12th, 2007

[I] - My Academic Calendar

Hak2. Today, 12th February, is the beginning of spring semester in Russian Education Calendar. The new semester, starting off well, which makes me quite in relief… There’s some quite good news and sad news, however guess that changes are needed in order to improve, right?

One of the best news is that our anatomy teacher, who used to be Andrei Viyacheslavich Bezdenehznich, will be replaced by Prof. Anna Stelnikova! It’s not that i dont like Andrei, me really respect him, so much! He even helped me during my zachot test last semester! How could i ever be so unthankful to him!

Anna Stelnikova - a professor - is much2 better than any other anatomy teacher - is quite a convincing remark given by lots of my seniors. She leads the class quite efficiently, in contrast to Andrei. She can get very close (i repeat, very close! hehe) to her lovely students! Sometimes she can act as a mother, and in instant she could be the most respected teacher you’ve ever known! I dunno whether all of these are true, but that’s what my seniors been talking about. Even Husni, my respected senior, gave quite a hyperbolic remarks, saying that i should perform a sujud shukur berjemaah! Hohoho…now that’s really convincing! Well, it’s all depends on my first impression towards her in class tomorrow. Hope she’s just not ‘indah khabar dari rupa‘. Heheh.

Anyway, i feel like having some kind of energy this semester. Perhaps after being ‘recharged’ during the winter holiday? Heheh. I promised to myself, to perform the best this semester! InshaAllah!

Impian semalam adalah realiti hari ini, dan impian hari ini adalah realiti esok…” - Imam Hassan al-Banna


[II] - Getting Personal…

I ruined a friendship! OMG, what have i done????? Honestly, i don’t know! I only knew this certain girl for several months, and as I realized that i’ve gone too far, she had already become very upset with me!

I really liked her, but it’s that i’m with somebody else right now. I would never ever betray anybody, therefore breaking up with my girl is a plan i would never ever thought of! She is very kind, one among my friends that i could consider as ‘best’ friend! So far in my life, there’s only several person are among my bestfriend list - Due, Adib, Ros, Pijat, and she! Those whose name in the list are the one that i swear would slay my heart for! She might never knew it, but believe me, it’s true.

However, dunno what, due to some mistakes i’ve done, my friendship with her is in quite a stake right now. Dunno what should i do, except pray for Allah so that He would done anything to strengthen our friendship again.

For her, i might be annoying. I might be quite irritating. Quite frustrating. If i’ve done anything that ever broke your heart, please accept my true apology from the bottom of my heart. Breaking my bestfriend’s heart is never different than breaking my own heart - though my heart had been broken quite often, the pain is still the same..

"Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah."

[III] - Back to reality

Saya ingin bertanyakan kepada anda semua, muslim jenis mana yang lebih baik - beramal tanpa ilmu, atau berilmu tanpa amal? Saya tahu, yang beramal dengan ilmu adalah yang paling baik, dan yang tak beramal dan tak berilmu langsung pula adalah yang paling rugi di antara kita semua.

Saya akui, saya pernah berada di kategori ‘berilmu tanpa amal’. Sungguh seronok mempelajari ilmu-ilmu Islam! Mempelajari mengenai isu-isu semasa, hadis-hadis, dalil-dalil kemaslahatan dan sebagainya. Saya cukup seronok apabila menyertai perbincangan mengenai Isu Lina Joy Murtad. Saya cukup bersemangat mengikuti debat Comparative Religion. Saya menjadi teruja untuk mengetahui mengenai perbezaan mazhab fiqh dan aqidah. Malahan saya begitu tertarik dengan topik pembahagian darah bagi wanita!

Tapi alangkah ruginya saya di waktu itu. Saya sekadar mengetahui, tapi saya tak mengamalkan apa yang sepatutnya saya amalkan. Saya tahu, dengan mengingati Allah hati akan tenang [13:28] tetapi saya lebih selesa menenangkan hati saya dengan mendengar lagu-lagu My Chemical Romance. Saya tahu, terdapat banyak hujah-hujah yang membuktikan keharaman berpasang-pasangan, tetapi saya tekad menghalalkan yang haram. Saya tahu, menyambut valentine itu dikaitkan dengan amalan kristian, tapi saya tetap menghadiahkan teddy bear kepada awek saya. (sekarang ex!)

Syukur alhamdulillah, saya sempat sedar. Lirik lagu Kembali nyanyian Raihan berjaya menyinar di dalam lubuk kegelapan hati saya. Kisah cinta Rabiatul Adawiyah menyedarkan saya tentang erti cinta sebenarnya, Cinta Agung. Syukur, saya benar-benar bersyukur kepada Allah yang menemukan sahabat-sahabat yang ramai, yang mampu membimbing saya agar lebih dekat kepadaNya.

Kehidupan yang kau lalui tiada bererti
Namun kau masih tak menyedari
Bila wajahmu pucat lesu terbujur kaku
Bimbang hidup kau kan berakhir
Tidakkah kau tahu dia yang maha kuasa
Masihkah tak mengerti
Tiada hidup tanpanya… Allah
Subhanaallah

Lalu kau pun tunduk membisu
Sejuta ketakutan
Bayangkan dosa mu bagai lautan
Haraplah diberi peluang
Umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati

Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu
Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Sedarlah kau dari kesilapan mu

Lalu kau pun sujud mengaku
Hilang keangkuhanmu
Cabutlah noda hitam di hatimu
Haraplah di beri peluang
Beribadah kembali
Kau kan jadi hamba yang sejati

Engkau pun menyedari
Jangka waktu yang di beri
Kau pun sedari
Cintanya yang abadi

Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Kembalilah kepada fitrahmu

Allah maha pengasih
Allah maha pengampun
Cintai Ilahi
Cinta yang hakiki
Subhanaallah

Sekarang, saya lebih selesa mendengar lagu-lagu nasyid. Lagu Raihan seperti Sesungguhnya, Rindu, menjadi siulan. Lagu Rabbani seperti Anak Soleh, Ibu Mithali dan Berkorban Apa Saja membawa seribu keinsafan. Lagu Mirwana seperti Aku Tanpa CintaMu dan Hikmah Kembara menjadi perangsang untuk meneruskan hidup di dunia penuh logamaya ini. Namun lagu-lagu lain dendangan Good Charlotte, My Chemical Romance, Korni dan sebagainya masih lagi menjadi halwa telinga ini..

"Nak mengubah diri sendiri, boleh sekelip mata. Nak mengubah persepsi orang, kadang-kadang perlukan selamanya"

Kembali kepada point asal, antara "Berilmu tanpa beramal" dan "Beramal tanpa ilmu" yang manakah lebih baik agaknya? Kata orang, ‘Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon tanpa buah.’. Ada orang kata lagi, "Ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sesat". Orang lain pulak kata, "Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.". Saya tercari-cari, jumpa pula seorang hamba Allah ni berkata "Hidup tanpa ilmu umpama orang yg mati ilmu tanpa amal umpama orang yg tidur amal tanpa keikhlasan adalah sia2. …".  Sorang lagi dengan hampeh dan penuh konfidennya cuba meyakinkan saya "Ilmu tanpa amal akan rugi, amal tanpa ilmu akan gile..tp kalau duit tanpa ilmu boleh buat org rugi dan gile.." Hahaha…sungguh aneh ciptaan Allah bergelar manusia ini kan? =)

Imam Al-Ghazali meyakinkan bahawa "Ilmu tanpa Amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia-sia.". Apa pula pandangan anda?

14 Februari Menjadi Saksi

Saturday, February 10th, 2007

Ratusan tahun lampau…

14hb Februari menjelma. Dia tunduk sayu, memandang ke arah lantai penjara yang usang. Jubah paderi yang menyelubungi bagaikan satu ironi, sedangkan dia dilayan seperti seorang banduan ketika itu. Ya, dia sememangnya banduan - yang menantikan hukuman. Dia tidak menyangka, akhirnya dia tewas dengan nafsunya sendiri.

Igauan memori lama menerawang di fikirannya. Masih segar di ingatannya tatkala dia diangkat menjadi paderi dahulu. Tatkala dia berjanji di hadapan roh kudus untuk menjaga agamanya ini. Tatkala dia bersumpah akan sanggup menumpahkan darahnya demi Jesus Christ.

Dan tatkala itulah, gadis tersebut hadir dalam dirinya. Seolah-olah membawa satu cahaya baru dalam hidup. Silau, terlalu silau! Sehingga menenggelamkan bayangan Jesus Christ dalam dirinya. Dia hilang arah. Dia terlepas kawal. Dan akhirnya, dia hanyut dalam nafsunya. Dia dihanyuti arus cinta..

"Tuan St.Valentine!" Suara penjaga kamar penjara itu mengejutkannya dari khayalan.
"Masanya telah tiba. Sila ikut kami, tuan!"

Pengawal Emperor Claudius mengiringi St.Valentine ke kamar hukuman. Kerajaan Empayar Roman ketika itu mengharamkan paderi-paderi dan askar menjalinkan hubungan cinta dan berkeluarga. Bagi Emperor Claudius, paderi sepatutnya mengabdikan diri di gereja. Askar tentera pula seharusnya tidak mempunyai kelemahan.

Tapi St. Valentine tidak. Dia mempunyai kekasih. Cinta telah memerangkapnya di antara agama dan maharaja. Dan dia tidak mampu berbuat apa-apa. Cinta telah melemahkannya.

"Adapun kamu, St.Valentine, dengan ini didapati bersalah berkahwin dan mengahwinkan askar-askar, dan atas kesalahan-kesalahan tersebut, dengan nama Maharaja Claudius, kamu akan dijatuhi hukuman pukul sehingga mati dan penggal"

Sejurus selepas algojo tamat melafazkan ucapan hukuman, satu cota kayu pantas menghinggap tengkorak St. Valentine. Darah merah pekat mengalir di pipinya. Matanya kian pudar. Satu lagi pukulan hinggap di belikatnya. Dan satu lagi mengenai lehernya. Dan satu lagi mengenai perutnya. Dan satu lagi..dan lagi..

Apabila dia tersedar, dia sudahpun diikat di atas meja guillatine. Pisau guillatine tajam berkilat menyinar di atas lehernya, menanti untuk jatuh - memisahkan kepala dari badan - memisahkan roh dari jasad.

"Sebelum kamu dibunuh, ada apa-apa yang kamu ingin ucapkan, St. Valentine?"

"Aku mati demi cinta, dan cintaku menjadi sejarah. Kisahku akan menjadi legenda! Kamu mungkin boleh menghalang aku sekarang, tapi percayalah, satu dekad lagi, satu abad lagi, aku akan dikenang! Aku mati sebagai penganut kristian! Aku mati kerana aku menyanggah agamaku sendiri! Aku mati kerana Jesus Christ!"

Dan pisau guillatin jatuh panas memotong saraf tunjangnya. Kepala St. Valentine bergolek di hadapan algojo. Sepucuk surat yang digenggam erat terlepas dari pegangannya. Comot akibat titisan darah, jelas tertulis di surat tersebut, "From Your Valentine". 14 Februari menjadi saksi.

====================================================================

14 Februari, 2007.

    "Hye sayang~! I nak ajak u keluar boleh tak? Jom la kita kuar jalan-jalan" Samat membuat-buat suara manja. Telefon bimbitnya digenggam erat, seolah olah menjadi tali ikatan yang sah antara dirinya dan Timahnya yang ayu.

    "U nak keluar dgn i? Ish, taknak lah! I takboleh keluar la ..adik i ada perkhemahan kokurikulum hari ni, so takde orang nak jaga rumah.."

    "Ala, u ni. Potong daun la… I nak bersama dengan u.. Lagipun hari ni kan hari valentine..huhu.."

    "Ala…samat.. I memang ingat nak keluar dgn u hari ni, tapi parents i suruh jaga rumah la.. Diorang takde, diorang pegi kursus. I tak berani nak tinggalkan rumah ni…"

    "Takpe la…kalau camtu kita keluar sekejap saja cukup la. Tgk satu wayang ke…main boling satu game ke…jadi lah.. Please…i nak bersama dengan u. I jeles tengok member-member i semua kuar dengan girlfriend diorang..huhu.."

Timah mengerling ke arah jam di dinding rumah. "Baru pukul 9 malam.." getus hatinya. Dia berkira-kira sebentar - "Hmm..tgk wayang pukul 10..habis pukul 12. Pastu balik rumah. Boleh jugak ek. Hihi~!!"

    "Oklah kalau camtu Samat! U datang amik i kat rumah ok? I tunggu tau!"
    "Ha…camni la awek Samat.. Bertambah sayang Samat kat Timah. Pakai seksi-seksi tau! Honey, i come!"

    Setengah jam kemudian, Samat tiba dengan kapcai buruknya. Dimuatkan Timah di seat belakang. Dengan badannya yang gebu, badan Timah yang montel-montel, seat motor kapcai tu cukup-cukup je untuk mereka berdua. Timah memeluk Samat manja. Sekali sekala, dicumbuinya Samat, tak ubah seperti pasangan mempelai baru kahwin mengusik pasangannya. Samat apa lagi, air sudah penuh di kepala. Seribu satu perancangan di fikirannya. Segala macam pil memenuhi poketnya, dari ecstasy, pil ghairah, pil kuda, pil perangsang hinggakan pil viagra pun ada! "Aku mesti makan si Timah ni hari ni jugak!"

    Mereka menyelusuri Lebuhraya Persekutuan, di samping ribuan kenderaan yang dinaiki warga kota. Yang turut menuju ke bandar, turut ingin menyertai sambutan valentine, agaknya. Sambutan valentine sudah sebati dengan negara tersebut. Media menghebah2kanya, seolah2 dapat pahala dengan mempromosikan sambutan valentine. Tak kurang pula anak-anak muda yang telah diracun doktrin2 barat, yang semakin lama makin menghakis maruah bangsa. Valentine disambut lebih meriah dari Awal Muharram, Maulid Nabi dan 10 Zulhijjah. Sambutannya dihiasi dengan movie2 romantis di kaca televisyen, tak kurang juga pasangan belum berkahwin yang membuat movie sendiri.

    Timah dan Samat dibawa enjin kapcai buruk itu. Samat memecut laju. Nafsunya telah bergelora, lebih-lebih lagi melihatkan si Timah yang cukup seksi pada hari itu. Si Timah pula, ghairah mengenakan baju Tank-top. Hanya seutas tali menutup bahunya. Hanya secebis kain yang jarang menutup badannya. Pusatnya sengaja didedahkan, seolah-olah dia berbangga apabila orang melihat jijik pusatnya yang berdaki. Rambutnya dibiarkan mengerbang, sesekali sengaja dia menggayakan aksi pontianak sundal malam. Nampak seksi kononnya.

    "Abang Samat!!!" Timah menjerit. Terlambat. Treler di hadapan sudah gagal dielak. Kapcai buruk melambung seketika, di hadapan pusat membeli-belah tersebut.Tubuh Timah terhempas ke jalan raya. Tubuh Samat digilis sang kereta. Darah berjejeran memenuhi muka Timah. Matanya semakin kabur. Mulutnya berkumat-kamit mengucapkan sesuatu. Bukan kalimah syahadah yang Timah ungkapkan. Bukan ungkapan keinsafan yang Timah rintihkan. Bukan rintihan penyesalan yang Timah syahdukan. "Abang Samat…i love you…" Matanya tertutup perlahan.

14 Februari menjadi saksi.

Kerana Ini Jalan Pilihanku

Thursday, February 8th, 2007

Karya asal oleh: Muharikah, Dakwah.info
Diolah kembali oleh: Mohd Syamirullah Rahim - sekadar karya saduran, tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yg telah pulang ke rahmatullah.

_______________________________________________________________________________________________________

     Berapa kali aku kata aku bukan belajar di Moscow ! Aku belajar di Nizhniy, di salah satu tempat di Russia !

    ‘Abah dah habaq kat hang banyak kali dah! Kalau pergi Moscow tu jangan buat perangai tak elok! Jangan malukan mak abah! Hang pergi sana untuk belajar. Bukan untuk jadi pendakwah!’

    Nizhny abah, Nizhny! Bentak hatiku. Aku tak mengerti mengapa semua orang Malaysia menganggap jika belajar di Russia itu maksudnya adalah belajar di Moscow .

    ‘Tak mengapa Sham, aku dok belajar di Ireland ni pun mak aku kata aku belajar di London.’ Teringat kata-kata Izzul, teman serumahku di saat kami berbual.

    Aku mengeluh di saat gagang telefon belum ditutup. Abah masih meneruskan ceramahnya yang panjang lebar. Terasa bingit apabila suara garaunya menembusi gegendang telingaku.

    ‘Abah dah habaq kat hang, dok Moscow tu belajar. Buat apa nak enjoy-enjoy sangat. Bukan senang nak pergi overseas itu, tahu? Semua orang kampong ni tahu yang anak abah pergi Moscow . Mana abah nak letak muka kalau hang balik tak bawak apa2 selain bini hang tu je?’

    Aku masih tidak berkata apa-apa. Membiarkan si abah memuntahkan segala isi hatinya yang terbeku. Padanya abah tidak mengerti apa-apa yang dialaminya di bumi berhawa dingin itu.

    ‘Usrah-usrah tu bukan tak bagus. Abah suka anak abah jadi anak soleh. Tapi jangan sampai berlebih-lebihan. Jangan sampai hang tak study langsung. Nak belajar Islam itu belajar juga, tapi janganlah berlebihan. Islam itukan wasatiah. Berpada-pada. Kita jangan terlalu ekstrim. Biar Islam kita Islam hadhari’

    Teringat dulu abah pernah bertanya kepadaku erti wasatiah. Dia jumpa dalam buku kitab kuning katanya. Aku katakan itu bermakna berbuat sesuatu biar pada kadarnya, tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

    ‘Abah memang kecewa dengan hang, Sham. Kau tak kasihan ke pada mak abah. Macam mana nanti kami nak tanggung malu kalau hang balik tak bawak apa-apa? Hang nak cari kerja macam mana nanti? Nak tanggung anak bini hang lagi. Hang nak bagi depa makan pasir ke?’

    Aku merenung lantai di bawah telapak kakiku. Kosong. Di sisiku, bidadari yang menerangi rumah tanggaku duduk bersimpuh sambil menanti-nanti ucapan dari bibirku. Kasihan dia, tentu dia gundah melihat reaksiku berbicara dengan abah di balik telefon.

    Setiap kali aku mahu menjawab kata-kata ayahku, si bidadari menyentuh lembut bahuku dan membuka ayatNya yang menyirami api amarah hatiku;

    ‘Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah keduanya perkataan yang baik’ ( Al-Isra’: 23)

    Benarlah sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Aku melirik dengan hati yang tenang pada wajah bercahaya si bidadari. Dia bukanlah dikalangan wanita yang dikatakan sebagai jelita. Hidung sedikit sepet, kulitnya sawo matang. Badannya kecil molek. Tapi aku tidak melihat kesemua itu kerana di saat aku ditanya oleh abang usrahku akan kriteria calon isteri pilihanku, jawapanku hanyalah;  Dia seorang akhwat yang mengikuti tarbiyah dan melaksanakan ajaran Islam. Sehingga ke hari ini, aku tidak pernah menyesal membuat pilihan itu.

    ‘Abah…’ ujarku dengan nada yang lembut sambil menahan gelojak di hati yang tersinggung dek tuduhan-tuduhan si abah.

    ‘Abah, Sham sebenarnya bukan fail exam keseluruhan ayah. Sham cuma fail zachot sahaja.’

    ‘Sama jelah . Kalau dah fail tu fail juga…’ Abah memotong.

   ‘Bukan begitu. Maknanya Sham boleh ambil balik zachot itu dan lulus. Tak perlu pun nak kena ulang tahun.’

    Aku membayangkan betapa terkejutnya abah tatkala menerima surat keputusan peperiksaanku di kampung. Ditambah lagi abang sulungku pulang dari US tanpa membawa balik segulung ijazah. Hanya sebatang kara. Kini dia hanya menolong ayah menguruskan cyber cafe di kampung. Sedangkan dahulunya abang adalah pelajar terbaik sewaktu sekolah menengahnya.

    ‘Abang ikut tabligh kot, Abg Sham.. Balik rumah asyik pakai baju putih je’ begitu kata adik bongsuku tatkala ditanya. Abang enggan berbicara denganku. Aku sendiri tak mengerti kenapa. Mungkin berasa malu.

    Barangkali kerana itu abah melenting dan terkejut. Tapi Sham tak ikut tabligh abah! Sham ikut tarbiyah!

    ‘Zachot before periksa itu zachot terakhir Sham kena ambil. Tapi waktu periksa hari itu, Sham kene demam panas. Sham pergi juga ambil periksa waktu itu, walaupun tak dapat nak jawap soalan periksa betul-betul.’

    Abah berdengus kasar. Seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapanku.

    ‘Apapun, abah tak nak hang gagal lagi. Hang kalau ikut-ikut usrah pun jangan sampai tak belajar. Kita biasa-biasa sudahlah. Tak perlu sampai nak jadi pendakwah.’

    Kadang-kadang aku kecewa mengapa ramai menganggap bahawa faktor utama kegagalan seseorang yang aktif menghadiri pertemuan-pertemuan ilmu itu adalah kerana kesibukannya. Ramai lagi manusia yang gagal dalam pelajaran tapi mereka itu sibuk dengan kefoyaan mereka berhibur serta menghabiskan masa dengan perkara yang langsung tidak berfaedah.

    Pertemuanku dengan seorang sahabat yang memberi cahaya kepada kehidupanku kini adalah pertemuan yang paling membahagiakan hidupku. Sahabat itulah yang menjadi naqib usrahku dan menjodohkanku dengan dia. Saat aku jatuh cinta dengan tarbiyah, saat itulah aku mengetahui erti kepada makna kehidupannya di atas muka bumi ini.

    ‘Kau sanggup berkorban duit dan masa semata-mata nak pergi usrah Sham? Get a life man! Takkan masa muda kau ni nak habiskan masa baca Quran je? Kau tak bosan ke dengar ceramah-ceramah? Ke hulu-hilir pergi entah kemana-mana entah. Kau boleh tolak tau kalau orang ajak kau. Kau jangan paksa diri Sham,’ Itulah kata-kata teman serumahku di kala mereka selalu melihat aku hilang dari bilikku.

    ‘Tapi aku tak jumpa ketenangan dan kebahagian bila aku buat apa yang kita buat selama ini. Usha awek cun, main game, tengok wayang dan lepak-lepak. Mula-mula aku rasa best lah. Tapi lama-lama aku rasa boringlah.Hidup takde tujuan. Buat camtu pun aku rasa buang duit dan masa juga.’

    ‘Kau memang dah berubahlah, Sham.’  Dan di saat itu, aku mula merasakan hubunganku dengan teman serumahku semakin renggang. Nyata jalan kami adalah dua jalan berbeza. Pemikiran kami berbeza. Kesukaan kami begitu juga.

    Aku berasa bahagia tatkala berjumpa dengan teman seperjuanganku namun aku sedih melihat teman serumahku masih leka dengan kefoya-foyaan sementara. Duhai teman, jika dikau mengetahui betapa nikmatnya jalan yang berliku namun penuh cahaya ini tentu kamu takkan tersilau dengan hiburan sementara di atas dunia ini. Kehidupan yang kau lalui sekarang ini adalah jalanyang gelap, yang tidak bermakna apa-apa walaupun kelak kita sama-sama pulang membawa segulung ijazah, kerana kehidupan sedemikian menjanjikan suka sebentar, tetapi duka selamanya di akhirat nanti.

   ‘Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati,tetapi tidak mempergunakannya untuk memahami dan memiliki mata tetapi tidak melihat dan memiliki telinga tetapi tidak mendengar. Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi,’(Al-A’raf: 7)

    Aku berdoa agar keluargaku dan sahabat-sahabatku akan mendapat pancaran hidayah ini. Aku berdoa agar mereka menyintai ilmu, menyintai Islam dan mahu beramal dengannya. Kerana hidup di bumi Russia ini, perbezaan antara kafir dan Islam adalah terang dan jelas. Minum arak, pergaulan bebas, pergi kelab malam dan makan babi adalah nyata perkara haram. Tetapi di Malaysia sangat sukar untuk menilai manakah Islam manakah yang bukan kerana orang Islam sendiri minum arak, pergi ke kelab malam dan berfoya-foya. Oleh kerana itu tidak hairan jika ramai graduan luar negara apabila pulang ke tanahair akan lebih dekat dengan Allah, kerana keadaan kehidupannya menjadikan dia sedemikian. Dia memerlukan Allah untuk hidup. Dia memerlukan Allah untuk menjadikan dia kuat menahan cabaran kekufuran. Sebab itu di saat sahabat-sahabat seperjuangan mengajaknya untuk belajar tentang agama Allah, hatinya tidak menolak, kerana dirasakan bahagia di saat hatinya dekat dengan Allah. Dan dia buntu memikirkan bagaimanakah lagi dia boleh membawa teman serumahnya mengikuti jalan yang dia ikuti kini.

   ‘Wahai orang-orang yang beriman. Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu,’ (Anfal:24)

    Kerana itu Sham ikut usrah abah! Kerana Sham mahu merasai cahaya itu! Dan Sham mahu orang sekeliling Hisham turut merasai cahaya keimanan tersebut. Kegagalan yang Sham hadapi sekarang ini bukanlah kerana kesibukan Sham tapi adalah semata-mata kerana Allah mahu menguji Sham. Sebab semakin Allah sayangkan hambanya semakin Allah berikannya ujian. Jangan abah salahkan usrah hanya kerana Sham gagal!

    Mahu sahaja dilontarkan kata-kata itu kepada abahnya yang separa uzur. Dia mahu abahnya memahaminya walaupun sukar. Dan dia berazam untuk berbakti kepada abah tatkala dia pulang nanti. Dia mahu tunjukkan bahawa apa yang dia dapat di negara orang putih ini adalah perkara yang terbaik pernah berlaku pada dirinya.

    ‘Abang…’ Lamunannya terhenti selepas sahaja dia meletakkan gagang telefon.

    ‘Result abang dah dapat dah ini..’ Dia berlari-lari anak sambil membawa sampul putih ke arahku.

    Aku membuka sampul itu dengan penuh hati-hati dan perlahan-lahan..

    ‘Alhamdulillah….’ Sambil menoleh ke arah isteriku dengan senyuman penuh makna.

    Pantas jemariku mengambil telefon kelui di atas katil sambil menekan punat dial.

    ‘Assalamualaikum abah, Sham dapat Red Diplome!’

Dan di saat itu dia merasakan bahawa angin-angin sepoi bahasa di luar sana turut merasai keriangan hatinya…

Route To Moscow - Part II - Planning~!

Thursday, February 8th, 2007

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

    Untuk bahagian seterusnya mengenai perjalanan saya, saya tidak berhasrat untuk bercerita panjang lebar kerana kebanyakannya melibatkan persoalan peribadi diri saya. So…biarlah saya simpan dalam diri saya jelah ek? Heheh. Namun, terdapat beberapa perkara yang saya dapat simpulkan dan ambil sebagai satu titik tolak dalam diri saya sepanjang saya berada di Moscow. Berada di Moscow, walaupun singkat, membawa seribu erti kepada diri saya - menjadi mangkin satu anjakan paradigma dalam pemikiran saya.

Berada di Moscow juga membawa satu sudut dimensi yang baru ke dalam kotak minda saya. Baru kini saya betul2 dapat membezakan mana yang patut saya letakkan di prioriti utama. Teringat kata rakan2 seperjuangan SPM saya dahulu - Pentingkan Yang Lebih Penting Kerana Yang Lebih Penting Itu Lebih Penting Dari Yang Penting. Mungkin bunyinya agak mengelirukan sehingga mampu menyebabkan koklea tergeliat namun sekiranya dianalisis dengan lebih mendalam, didalami akan maksudnya, maka percayalah pernyataan sebegini mempunyai signifikasi yang besar dalam hidup kita.

Antara masalah yang saya lihat terdapat di kalangan rakan-rakan saya adalah ini. Kebanyakan orang-orang di sekeliling saya tidak tahu menilai prioriti utama dalam hidup mereka. Ada yang tersilap meletakkan apa yang sepatutnya terkemudian, di tempat atas. Ada yang sanggup mengorbankan waktu solat untuk menemani rakan2 ke Mega (husnul zon’ : maybe diorg solat kat mega..) Ada yang sanggup menghabiskan ribuan ruble membeli kasut skating, tapi menginfakkan beberapa ruble sahaja di jalan Allah. Ada pula yang sanggup menghabiskan berjam2 membaca Al-Quran selepas subuh tetapi sesudahnya menghabiskan berjam2 di atas kamar tidur sehingga melewati waktu zuhur, asar, dan maghrib! Percayalah, sesungguhnya mereka ini dari golongan yang rugi!

==================================================================

Berbalik kepada tajuk utama post ini, temanya adalah - Planning - Perancangan. Berada di Moscow mengajar kepada
saya mengenai limitasi dan batas kuasa manusia - sebagai perancang -
jika dibandingkan dengan qudrat dan iradatNya yang Maha Kuasa. Benarlah
orang kata, kita manusia hanya mampu merancang, namun sesungguhnya Dia
adalah sebaik-baik perancang. Kita berusaha agar segalanya berlaku
mengikut kehendak kita, mengikut perancangan kita, namun segalanya
kembali kepada Allah Yang Kuasa. Saya saksikan sendiri bagaimana Allah
mewujudkan satu keadaan yang membebaskan saya ketika saya tersepit di
antara amanah dan kasih sayang. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui
akan perihal hambaNya!

Kita mungkin berbangga dengan perancangan yang kita lakukan. Kita sudah ada matlamat, haluan dan ikhtiar. Tapi adakah menjadi kuasa kita untuk menentukan segala ikhtiar yang kita curahkan itu mengalir di haluan yang menuju ke arah matlamat kita? Seperti yang diungkapkan dalam Firman Allah 2:216 di atas, telah dinyatakan dengan jelas sesungguhnya Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui!

Saya ada mengenali beberapa sahabat saya yang Allah turunkan ujian ke atas mereka. Ada di antara sahabat saya yang cukup berpandangan jauh, namun Allah lebih jauh pandanganNya. Ujian yang Allah timpakan kepada mereka menjadi bukti yang Allah masih ingat kepada mereka! Saya juga pernah ditimpa ujian beberapa kali (antaranya diuji dengan russian gengster aritu..heheh), tapi jika dilihat dari sudut yang positif, sesungguhnya ujian itu tanda orang beriman! (Al-Ankabut, 2-3). Tapi berapa ramai di antara kita yang menerima ujian itu sebagai satu rahmat? Ada pula yang apa ditimpa musibah, terus berputus asa. Ada pula yang apabila melihat seseorang ditimpa musibah, terus terang mengatakan si polan itu menerima balasan Allah! Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui!

==============================================================

Untuk pengetahuan semua, saya telah berubah. Ya, berubah sedikit. Em…mungkin boleh dikatakan, ‘berubah kembali’. Ya, kembali kepada fikrah. Kepada saya yang sepatutnya. Kepada Mohd Syamirulah Rahim, seperti dia sebagaimana yang kamu kenal ketika di MRSM dahulu. Sungguh, saya rindukan saat manis itu!

*Cuba hayati cerpen di atas ni. Ada kena mengena sikit dengan diri ‘baru’ saya ini. =)

Route To Moscow - Part I - Challenge~!

Monday, February 5th, 2007

Pengembaraan di Moscow membawa seribu pengalaman - dan pengajaran - kepada aku. Aku akan cuba ceritakan sedikit demi sedikit berkaitan pengembaraan aku ke moscow ni. =)

[ PROLOGUE ]

Di dalam kesejukan -17 darjah celcius, Zulhusni-Dauh-Surya-Izyan-Farah-Farehah-Fatin-Safura dan aku memulakan perjalanan ke Mosckovskiy Vakzal - untuk menaiki tren pada pukul 10.45 malam. Kami dijangka tiba di stesen Kurskiy di Moscow 7 jam selepas tren bertolak. Pada pandangan aku, tren di Russia tak banyak berbeza dengan tren di Malaysia. The same old gerabak, katil yang sempit, standard ar. Suhu di dalam kabin agak panas, selesa. Perjalanan 7 jam ke Moscow tidaklah terlalu memenatkan, nak menikmati pemandangan kat luar pun tak sesuai sebab diselubungi kegelapan malam…

[ MONOLOGUE ]

Pagi di Moscow - takdela sejuk sangat, aku agak around -5 to -10 darjah celcius je. Sia-sia je aku bawak shawl, pakai longjohn. Padahal takle sesejuk yang disangkakan, heheh. Satu yang aku respek pasal tren2 kat Russia ni adalah - diorang VERY punctual. Kalau dalam tiket tulis pukul 10.45 bertolak, 6.20 pagi sampai, maka tidaklah dilengahkan walau seminit pun! Tepat 6.20, tren berhenti di Kurskiy Vakzal, Moscow. Setelah kedatangan rakan-rakan naqib dari Kursk, kami mengambil kesempatan untuk bersolat subuh terlebih dahulu.

(First Encounter With Gangster Russian)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Maka setelah menemankan Safura dan Fatin membeli kad topup, aku bersendirian menuju ke tandas di Kurskiy Vakzal tersebut untuk mengambil wudhu’. Tandas tersebut terletak di tingkat 2, agak terasing serta tersorok dari pandangan orang. Di sekeliling tandas tersebut terdapat ruang-ruang perniagaan yang terbiar. Gipsi-gipsi serta orang2 merempat penuh meniduri ruang tersebut. Kelihatan sekumpulan remaja Russia galak bersembang berhampiran.

Selesai mengambil wudhu, Dauh n Ismail (Kursk) tiba ke tandas yang sama untuk mengambil wudhu. Memandangkan aku telah selesai terlebih dahulu, maka aku pun jalanlah dahulu.. Tatkala melintasi kumpulan remaja Russia tersebut, tiba-tiba salah seorang dari mereka datang menghampiri aku sambil mengucapkan sesuatu yang aku tidak fahami. Aku mengabaikan mereka, terus berjalan tanpa mempedulikan mamat russia yang muka macam beruk baru lahir tu.

Tanpa disangka-sangka, mamat tersebut memegang tangan aku, mencegah aku dari beredar. Aku dah tak sedap hati dah waktu tu. Aku berpatah balik ke tandas, menunggu Dauh dan Ismail selesai berwudhu, dengan harapan apabila beredar beramai-ramai, mamat russia tu tidak akan mengganggu kami.

Sangkaan ku meleset. Mamat tu siap ajak geng lagi mengerumuni kami. Mujur Dauh sempat melarikan diri. So tinggal aku dan Ismail sahaja - di hadapan 2 pemuda Russia bangsat.

Ni antara perbualan kami dengan mereka (telah ditranslate).

Mamat 1 : Kami polis. Sila tunjukkan dokumen anda. (Sambil menunjukkan pas polis yang aku ragui kesahihannya kerana warnanya yang luntur seolah-olah difotostat)

Maka aku pun menunjukkan passportku. Mamat 2 cuba mengambil passport aku, tapi aku dengan tegas mengatakan "Tolka pakazat, pazhalsta! Ne vasmite!" (Only to show, please! Don’t take it!) Aku tengok Ismail dah terlambat waktu itu - passportnya telahpun berada di tangan Mamat 1. Maka bermulalah episod baru dalam hidup kami..

Ismail : Dokumen saya semuanya sah. Passport saya asli. Visa saya valid. Migration Card saya valid. Sila bagi balik dokumen saya.
Mamat 1 : Tidak, tidak. Kami tak percaya. Kamu dari mana? Kenapa datang ke sini? Ada apa urusan di sini?
Aku : Kami dari Malaysia. Baru tiba di sini dari Nizhny. Datang ke sini bercuti, tinggal di Moscow Medical Academy.
Mamat 1 : Kami perlu periksa beg anda (sambil menunjuk ke arah beg pakaian Ismail). Mari ikut kami ke situ (menunjuk ke arah suatu lorong, agak gelap).
Aku : Tidak! Kamu boleh periksa di sini! Tak perlu ke sana!

Mamat 2 memegang kolar belakang baju aku, mengheret aku ke lorong tersebut. Dauh yang nampak keadaan tersebut dari jauh menelefon Zulhusni.

Bermula dari situlah, aku dan mamat-mamat Russia tersebut bertengkar2. Macam2 tuduhan dia lemparkan kepada kami. Kononnya kami bawa dadah, mahu memeriksa poket kami dan sebagainya. Tapi alhamdulillah, mereka masih belum berkasar. Ismail pula merayu-rayu meminta passportnya dipulangkan, tetapi tidak diendahkan sebaliknya dijamu dengan caci-maki yang kami sendiri tidak faham.

Hampir 10 minit kemudian, Zulhusni tiba di tempat tersebut. Sebagai senior kami, dia cuba menyelesaikan keadaan tersebut. Passport Ismail ditawar agar ditukarkan dengan passport husni. Setelah tawar menawar lagi, akhirnya passport husni ditukarkan dengan tiket keretapi husni. Sebagai seorang yang pertama kali terperangkap dalam keadaan sedemikian, aku hanya berdiam diri - membiarkan husni yang bercakap. tengah2 duk bertengkar, mamat 2 datang menghampiri aku meminta sebatang pen dan secebis kertas. Dia menulis sesuatu atas kertas tersebut.
"1000 Rublei"

Dia menunjukkan kertas tersebut di muka aku. Muka Ismail. Muka Zulhusni. "Panyatna?!" (Faham?!). Saat tu baru aku yakin - mereka ni bukan polis betul. Sekadar bajingan di tengah jalan menyamar sebagai polis. Namun Zulhusni berkeras enggan membayarnya. Aku juga tidak mahu, kerana dalam dompetku ada 5000rub yang baru withdraw pagi tersebut. Takut2 time nak bayar nanti, mereka ternampak duit tersebut. Husni bertengkar lagi. Tangan Husni telahpun bersedia di dalam poket. Aku tahu di dalam poket tersebut ada satu pepperspray. Mungkin husni akan menggunakannya.

Tapi tidak. Akhirnya husni berputus asa. Kami diajaknya untuk melarikan diri, sungguhpun ketika itu tiket keretapinya masih berada di tangan mamat2 hanjeng tu. Setelah isyarat diberikan, kami terus beredar pantas dari situ. Mamat2 tersebut menjerit2 memanggil kami, tetapi tidak cuba mengejar. Syukur alhamdulillah, tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut. Tapi pengalaman pertama encounter perkara sedemikian benar2 membuatkan aku trauma sekejap. Trauma dengan orang Russia. Trauma dengan Moscow.

[ EPILOGUE ]

First impression adalah sangat penting. Peristiwa yang berlaku hanya 30 minit setelah aku menjejakkan kaki ke bumi Moscow meninggalkan satu bad impression yang amat buruk. Untuk hari-hari berikutnya di moscow, aku tak berani untuk keluar. Moscow sucks~! Aku serik nak datang ke moscow selepas ni!

=============================
Ikuti kisah seterusnya pengembaraan aku dalam post2 berikutnya. Sementara itu, bolehlah lihat gambar-gambar sepanjang perjalanan aku di sana. Assalamualaikum.

UnGrateFul PeoPLe ~ tHey’Re juZ abOut anYwhEre, hUh?!

Friday, February 2nd, 2007

Sometimes i wonder. Hidup kat russia ni lebih kurang je cam kat malaysia, in terms of environment. Social environment.
And the social environment i’m mentioning about is not regarding to the russians, but dedicated specifically to malaysian living in russian territory. they’re just the same, aint they? the same, typical malaysian. especially malaysian girls. (no offense).
benar kata hang tuah dulu - takkan melayu hilang di dunia.

aku agak tak sangka sebenarnya, jenis melayu tak reti menghargai ni boleh sampai ke russia ni. heheh. maybe mara tak ada program penapisan (filtering) mengenai kriteria ni agaknya. tapi itulah kenyataannya. melayu jenis tak menghargai, especially perempuan melayu, heheh…di mana-mana pun ada.

maybe sifat tak menghargai ni dah lama tersemai dan bercambah dalam diri mereka agaknya. tapi takpelah, aku cuba bersangka baik, maybe diorang tak tahu. tak tahu siapa sebenarnya yang berhempas pulas cuba memberi khidmat. maybe juga diorang salah anggap, kebaikan yang aku hulurkan ni. maybe jugak diorng just tak kisah.

dan itu membuatkan aku terfikir - macam ni jugak ke sifat diorang terhadap Maha Pencipta? adakah diorang pernah bersyukur terhadapNya? Sedangkan hendak berterima kasih sesama manusia pun tidak. Adakah diorang ingat akan kurniaanNya? Sedangkan jasa manusia terhadap mereka pun dilupakan begitu saja.

Aku bercakap ni atas pengalaman. Heheh. Ni adalah pengalaman aku, pengalaman aku yang mendatangkan aku kepada konklusi sebegini. So, tak tahu lah kalau ada yang agree dgn aku atau tidak. Konklusi yang cuba aku buat adalah - Manusia (spesifiknya melayu, spesifiknya perempuan melayu) tidak tahu berterima kasih! Heheh. Dan faktor2 yang menghampirkan aku kepada konklusi ini bukanlah berdasarkan satu atau dua sampel, tapi banyak.

Adalah sungguh tidak adil melabel sesuatu golongan hanya berdasarkan kepada satu sampel. Tapi bukankah logik sekiranya 9 daripada 10 sampel yang aku kaji itu menepati hipotesis yang aku buat, sekaligus mengesahkah hipotesis itu sebagai satu kesimpulan? Atau setidak-tidaknya 90%.

Aku bukannya suka menjadi pemimpin. Mungkin kerana zodiakku Leo, maka aku terdiri dari jenis orang-orang yg berbakat kepimpinan. Aku tak suka mengarah-arah orang, tapi aku suka tengok orang gembira dan selesa. Mungkin memang perangai si singa untuk take the lead, contohnya aku, suka menguruskan mengenai sesuatu urusan. Tambah-tambah aku ni jenis yang perfectionist, so once i had carried my responsibility, i will make sure it is done, all out! Adalah peristiwa baru-baru ini, i take the lead, the responsibility untuk menguruskan sesuatu bagi pihak sekumpulan perempuan ni. heheh. aku tak kisah bab-bab menolong orang ni, sbb aku memang suka tolong orang. Harus diingatkan, aku suka tolong orang yang tahu mengenang budi! Tapi maybe taqdir Allah kali ini, aku menolong bukan seorang, tapi sekumpulan manusia yang tak tahu berterima kasih. Heheh. This is a lesson for me, from Allah. Kalau nak tolong orang, make sure orang tu tahu mengenang budi. Kalau orang tu jenis yang tak reti menghargai, then tak payah tolong - buat sakit hati je. Biar jelah diorang tersadai tepi2 jalan tido dalam kesejukan -18 darjah celcius ni. Muahahaha~!

Tu satu contoh peristiwa. Ada satu lagi pengalaman aku kat Russia ni berhadapan dengan golongan sebegini. Well, honestly, aku rasa dia ni bukanlah dari golongan yang tak tahu berterima kasih. Bagus orangnya, taat ibubapa, rakan yang baik, suka menolong orang. Tapi aku rasa masalah yang dia ada ni adalah - dia tak tahu macamana nak react dengan orang yg suka menolong dia, which is - aku. Miahahaha. Ada sesetengah jenis orang, bila kita cuba menolong, maka pertolongan kita akan disalah anggap sebagai sesuatu yang lain. Aku pun tak faham mengapa sesetengah orang tu bereaksi sedemikian - maybe ada perasaan terhadap aku? (hoho..perasannya aku~!). So manusia-manusia sebegini, bila kita menghulurkan pertolongan, dia akan refuse. Tapi, yang peliknya, bila ada orang lain hulurkan pertolongan yang sama, dia akan terima pulak~! Kenapa apekah? Ntahlah, aku pun tak faham. Pada mulanya aku melabel golongan sebegini sebagai ‘tak tahu menghargai pertolongan orang lain’. Tapi bila aku fikir2kan balik, hmm, i think there’s a reason behind all these. Dan itu membuatkan aku terfikir - maybe dia tak tahu camne nak react dalam keadaan sebegini. Well, if that’s the case, then i should tell you, bila aku menolong orang, aku tak mengharap orang tu tolong aku balik. A simple thanks would be enough. Aku ni bukannye jenis orang yang suka mengungkit budi. =)

Tu antara contoh pengalaman aku kat sini la. Kalau nak diikutkan, pengalaman aku kat malaysia lagi banyak. Hehe. So tak salah la kalau aku nak kata, ramai di antara kita tak reti berterima kasih? Sekarang mari kita cuba muhasabah diri. Berapa ramai orang yang tolong anda hari ini, yang anda ucapkan terima kasih? Berapa ramai orang yang mengambil berat akan diri kita, yang anda ucapkan terima kasih? Sekiranya dinisbahkan dengan setiap nafas kita sebagai anugerah dari Allah, berapa kali kita berterima kasih kepadaNya?

Fikir-fikirkanlah.

I looooove skating~!! Especially in Russia~!!

Thursday, February 1st, 2007

    Hoho…just what i expected. Skating in Russia - much, much better than spending rm15 at the sunway pyramid’s skating ring. Miahaha~!! And it feels much better with my very own 900rb skating shoes~!!
    Can you imagine, the whole stadium is a skating ring~!! Including the 400m track, all covered with frosty non-melting ice, very firm and so suitable for skating~!! Huahuahua. Here i can show off all my techniques without being slipped and getting my clothes wet. I will have an infinite level of improvements in skating skills here. Just now, i began to learn how to T-Brake, Reverse Backward Movements, Spinning Brake and so on.
    Heheh, can’t wait till i’m 6 years here. By then i must be a legend compared to Malaysian ice-skaters….muahahaha~!!

Dsc01035