Archive for January, 2007

Apabila bala menimpa…

Tuesday, January 9th, 2007

Ikuti sedikit pembentangan hadis oleh saya sendiri, iaitu hadis mengenai 15 perkara yang mendatangkan bala kepada ummat Rasulullah. Semoga dengan pembentangan hadis ini, sedikit sebanyak menyedarkan kita akan betapa kritikalnya ummat kita sekarang ini.

Hadis tersebut berbunyi,
Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
Zakat dijadikan hutang
Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
Anak derhaka terhadap ibunya
Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Arak sudah diminum secara berleluasa.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

================================================================

Sekarang, mari kita bincangkan sedikit sebanyak mengenai hadis ini. Saya bukanlah seorang yang arif mengenai bidang hadis ini, tapi saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada mengenai perbincangan hadis ini. Namun diingatkan, rujuklah kepada guru-guru lain yg lebih arif, sebab hal-hal sebegini perlu banyak berguru.

  1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja.

    Harta negara yg dimaksudkan di sini, adalah aset kewangan negara seperti kutipan cukai dari rakyat, hasil keuntungan negara yang sepatutnya dibelanjakan untuk pembangunan negara.
    Apabila harta negara beredar di kalangan orang2 tertentu sahaja, tentu timbul di fikiran kita, siapakah orang2 tertentu itu? Mengapa Rasulullah mengaitkan frasa "orang-orang tertentu" dengan "harta negara"?
    Pertama sekali, apabila disebut harta negara, adalah bermaksud ianya milik sesebuah negara. Ia menjadi milik semua orang di dalam negara tersebut. Sama ada pemimpin, rakyat, pesawah, ahli korporat - mereka semua adalah pemilik kepada ‘harta negara’. Oleh itu, yg dimaksudkan apabila harta negara beredar di kalangan orang tertentu sahaja, adalah apabila ada di kalangan rakyat yang tidak dapat mengecapi ‘harta negara’ tersebut.
    Persoalannya bagaimana ianya berlaku? Kebenarannya tidak kita ketahui secara terang-terangan, kerana persoalan ‘harta negara’ ini bukanlah di tangan kita rakyat biasa, sebaliknya di tangan pemimpin. Namun bukti-bukti berlakunya penyelewengan terhadap ‘harta negara’ ini tetap tak lepas dari pandangan rakyat. Contoh yang paling mudah - kes rasuah berprofil tinggi. Apabila disebut ‘rasuah’ dan ‘berprofil tinggi’, bukankah ianya bermaksud penyalahgunaan wang di kalangan pemimpin dan golongan atasan?

    2.    Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

    Amanah merupakan satu kepercayaan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain. Di negara kita Malaysia, terdapat banyak program pelaburan yang memanipulasi kepercayaan orang lain. Benarkah begitu? Program seperti ini, mudah untuk dikenali, cukup dengan melihat pangkal namanya sahaja. Contoh - AMANAH Saham Bumiputra, Amanah Saham Wanita dan sebagainya. Bagaimana pula ianya menjadi suatu sumber keuntungan?
    Terlebih dahulu, apakah tujuan institusi-institusi amanah ini ditubuhkan? Program-program pelaburan ini bertujuan untuk mendapatkan dana bagi sesebuah projek, menggunakan kepercayaan dari rakyat. Rakyat digesa untuk melabur dalam institusi amanah ini, serta dijanjikan pulangan yang setimpal. Apakah yg dijadikan keuntungannya di sini? "Dividen" - ya, itulah yang dijanjikan sebagai keuntungan kepada pelabur-pelaburnya. So, memang jelaslah kan, "amanah kini" dipergunakan sbg "sumber keuntungan"?

    3.    Zakat dijadikan hutang.

    Dalam konteks ini, dalam fikiran saya ada 2 perkara berlainan yang berkaitan. Pertama, adakah "Zakat" yang dimaksudkan itu adalah hasil kutipan zakat dari umat Islam, ataupun adakah "Zakat" bermaksud kewajipan oleh semua umat Islam?
    Sekiranya maksud pertama diambil, iaitu zakat sebagai hasil kutipan zakat dari umat Islam, maka yang jadi persoalannya adalah pihak pemungut zakat - amil. Di Malaysia, badan pengurus zakat, PPZ - Pusat Pungutan Zakat. Jadi, bagaimana pula hasil kutipan zakat itu dapat dijadikan hutang oleh PPZ? Apabila PPZ mula terlibat dalam bidang pelaburan, dan hasil pelaburan itu tidak menghasilkan keuntungan, bukankah ini bermaksud PPZ gagal menjalankan tanggungjawabnya, mengedarkan hasil kutipan zakat kepada orang yang sepatutnya? Bukankah ini bermaksud PPZ berhutang wang kutipan zakat dengan orang yang sepatutnya menerima zakat tersebut? Sejauh mana kebenaran fakta ini, saya tidak tahu tetapi kemungkinan untuk ianya berlaku adalah besar sekali.
    Dan sekiranya maksud kedua zakat diambil (zakat sebagai tanggungjawab setiap muslim), maka sudah terang lagi nyata betapa ramai di kalangan kita yang tidak menunaikan kewajipan tersebut, tak kiralah sama ada zakat fitrah, zakat harta mahupun zakat-zakat lain. Sedangkan di Indonesia, yang mana lebih 90% rakyatnya beragama Islam, hanya 1/26 yg menunaikan kewajipan tersebut, inikah pula Malaysia yang penduduk Muslimnya cuma 54%?

    4.    Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat).

    Perkara berikutnya, Rasulullah menekankan mengenai perkara peribadi di dalam hubungan suami-isteri. Kita semua sedia maklum, setelah terikat dengan ikatan pernikahan, seorang isteri WAJIB mentaati perintah suaminya selama perintah tersebut tidak bertentangan dengan syariat. Perkara ini jelas, tanpa keraguan lagi.
    Dalam hal sebegini, yang menjadi persoalannya, siapakah yang harus dipertanggungjawabkan? Adakah si suami, yang bacul menuruti kehendak isterinya, takut akan isterinya melebihi takutnya dia terhadap Allah? Atau adakah si isteri yang bersalah pada mulanya kerana bertegas ingin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat?
    Pada pandangan saya, yang salah adalah kedua-duanya. Untuk persoalan ini, kita kembali kepada struktur ayat tersebut - suami menurut kehendak isteri. Bukannya suami memaksa isteri, atau si suami berkehendakkan isterinya melakukan sedemikian, sebalik si isteri yang berkehendakkan untuk melakukan perkara bertentangan syariat tersebut. Maka sudah pasti dosa pertama jatuh kepada si isteri yang mengingkari syariat Allah. Kemudian barulah dituruti dengan klausa berikutnya "suami menuruti..". Sebagaimana yang kita tahu, adalah menjadi tanggungjawab suami untuk mendidik seisi keluarga, iaitu suami akan dipertanggungjawabkan untuk setiap perbuatan ahli keluarga di akhirat kelak. Maka apabila "suami menuruti.." perkara mungkar, bermaksud suami gagal menjalankan tanggungjawabnya.
    Sekarang mari kita bandingkan dengan situasi masa kini. Berapa ramai
suami yang menuruti kehendak isteri yang enggan bertudung? Inilah
contoh yang paling ketara di zaman masa kini.

    5.    Anak derhaka terhadap ibunya
    6.   Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
    7.   Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya

    Ketiga-tiga perkara ini saling berkaitan. Akan tetapi Rasulullah mengelaskannya sebagai 3 perkara yang berasingan menunjukkan betapa setiap perkara tersebut mempunyai signifikasi yang besar. Serta, sekiranya anda sedar, ketiga-tiga perkara tersebut disasarkan khusus kepada satu golongan, yang disebut dalam hadis ini sebagai "anak". "Anak" dalam ertikata zaman ini adalah - remaja - golongan yang masih terikat kepada tanggungjawab "ibunya" dan "ayahnya". Mengapa keras sekali amaran Rasulullah, sehingga menggolongkan "remaja" khusus sebagai 3 antara sebab bala diturunkan?
    Dan sekiranya anda sedar juga, ketiga-tiga perkara tersebut melibatkan institusi kekeluargaan - institusi asas dalam sesebuah masyarakat. Ini menunjukkan betapa pentingnya institusi tersebut dalam pembentukan ummah. Perkara kelima, kewujudan "anak derhaka", sejauh mana kebenarannya adalah di luar pengetahuan kita semua, melainkan sekiranya ianya terjadi dalam keluarga kita sendiri. Tapi kita boleh lihat berapa ramai anak-anak yang melanggar arahan ibubapa melalui gejala sosial yang tersebar luas. Remaja-remaja berpelesaran dengan rakan-rakan sehingga tidak timbul isu batasan jantina. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh perkara keenam tersebut? Perkara ketujuh pula menunjukkan gejala "ayah", yang sepatutnya dihormati dan dipercayai sebagai ketua keluarga, sebaliknya dipandang rendah oleh anak-anak. Buktinya, mengapa ramai di antara kita lebih cenderung menyimpan rahsia sesama rakan-rakan kita, bukan dari ibu @ ayah kita?

Sekian dahulu untuk kali ini, izinkan saya merehatkan tangan yang lenguh ini terlebih dahulu sebelum kita maju dengan perkara-perkara seterusnya. Dalam pada ini, mari kita sama-sama berfikir mengenai kebenaran perkara2 berikutnya pula. Adakah anda turut berfikiran sama seperti saya? Namun, percayalah, kesemua perkara berikut telahpun berlaku di sekeliling kita. Dan sepertimana yang dijanjikan oleh Rasulullah sendiri,
“Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka.."

Wallahua’lam.

Defense in PC~!

Tuesday, January 9th, 2007

Setelah banyak meluangkan masa di blog-blog problogger lain, saya berpendapat adalah menjadi satu kerugian sekiranya saya tidak berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang2 tertentu dengan pelawat2 blog saya.

Jadi, untuk kali ini, saya akan memperkenalkan kepada anda semua, langkah-langkah penting untuk memastikan PC anda selamat ketika melayari internet, khususnya!

Kita semua sedia maklum, Internet merupakan sebuah dunia tanpa sempadan yang cukup luas. Segalanya ada di Internet, dari resepi-resepi masakan harian, perkhidmatan perbankan hinggalah urusan-urusan perniagaan. Secara analoginya, bolehlah saya katakan Internet adalah seperti manusia - ada yang baik, dan tak kurang juga yang membawa kemudaratan kepada kita.

Apa yang saya ingin fokuskan di sini adalah benteng pertahanan sebuah komputer dalam menghadapi ancaman di Internet. Ancaman yang saya maksudkan di sini adalah secara umumnya seperti virus-virus, risiko digodam hackers, pop-ups dan sebagainya. Seorang pengguna Internet seharusnya tahu bagaimana untuk melengkapkan komputernya agar selamat ketika melayari Internet.

1. Bina kota yg kukuh.

    Sekiranya kita menganggap PC seperti sebuah bandar yang besar, maka untuk menghalang dari ancaman luar, sesebuah bandar perlulah mempunyai sebuah kota yang kukuh. Kota dari aspek PC ini bermaksud "firewall", iaitu sebuah perisian yang dibangunkan khusus untuk menapis sambungan antara sesebuah komputer dengan Internet. Benteng pertahanan pertama antara komputer anda dengan internet adalah Firewall. Sebuah Firewall yang baik dapat mengawal serta mengesan transmisi yang dikeluarkan komputer anda sama ada dengan atau tanpa pengetahuan anda. Antara Firewall percuma yang bagus adalah ZoneAlarm. Namun begitu, Windows Firewall sendiri sudah memadai sebenarnya.

2. Hadapi ancaman perisik-perisik luar.

    Dunia Internet seperti sebuah medan perang yang luas. Kewujudan perisik-perisik (spy) di dunia Internet adalah tidak dapat dielakkan lagi di masa kini. Perisik-perisik ini - Spyware - merupakan sejenis program yang akan merekodkan maklumat mengenai komputer anda, seperti laman-laman web yang pernah dilawat, IP anda, malah kata laluan (password) anda! Justeru, untuk mempertahankan komputer anda dari ancaman spyware ini, anda memerlukan perisian yg khusus seperti Ad Aware. Dengan sentiasa update dan kerap melakukan scanning melalui perisian tersebut, komputer anda akan terpelihara dari ancaman spyware ini.

3. Berwaspada dengan penyakit.

    Penyakit? Ya, penyakit yang disebabkan oleh virus. Virus merupakan satu contoh ancaman yang paling terkemuka di dunia IT. Virus, terdiri dari seuntai skrip (script) sehinggalah sebesar sebuah program, mampu melakukan irreversible damage kepada komputer anda. Terdapat virus yang mampu membuatkan komputer anda tidak boleh start, membuatkan sistem anda menjadi perlahan, malah ada yang mampu melakukan kerosakan kepada harddisk anda, menyebabkan anda terpaksa format semula Windows! Antara antivirus yang saya cadangkan adalah AVG Antivirus. Terdapat pelbagai jenis antivirus di dunia ini, namun semuanya akan menjadi sia-sia, sekiranya jarang melakukan update serta malas melakukan PC-scanning. Namun, diingatkan agar jangan install 2 atau lebih antivirus dalam PC anda, kerana ia boleh menyebabkan terjadinya software conflict antara satu sama lain!

4. Lakukan rondaan dengan pengawal.

    Seringkali, laman-laman web yang mendatangkan ancaman kepada sesebuah komputer sukar untuk dikenalpasti. Oleh itu, perisian seperti SiteAdvisor adalah diperlukan untuk mengenalpasti sama ada sesebuah laman web itu selamat atau tidak. SiteAdvisor dapat mengesan sekiranya sesebuah laman web mengedarkan perisian spyware, menjadi sarang virus, menghantar email spam dan sebagainya serta memberitahu pengguna mengenai hal tersebut.

Walauapapun, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Tiada pertahanan yang lebih baik dari mengamalkan apa yang kita ketahui. Justeru, adalah menjadi satu kemestian kepada pengguna Internet khususnya untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu penting mengenai internet. Dengan sedemikian, barulah ancaman-ancaman di dunia IT ini dapat dicegah sepenuhnya. Sekian!

Life’s To-Do-List

Thursday, January 4th, 2007

Ok, semua orng mesti ada objektif dalam hidup. Aku pun ada gak~ Well, i rather not call it as my objectives, aku lebih suka menganggap perkara2 ni sebagai satu garis panduan ke arah hidup aku di masa hadapan~ Pendek kata, aku akan berusaha agar perkara-perkara yang aku listkan ni akan tercapai~!!!

                                 

=====================================================================================

Life’s To-Do-List
                  
1. Memorize Quran

Narrated Abdullah Amr, Rasulullah s.a.w said:
"One who was devoted to the Qur’an will be told to recite, ascend and recite
carefully as he recited carefully when he was in the world, for he will reach
his abode when he comes to the last verse he recites." -Dawud 8:1459

2. Memorize Hadith Arba’in.

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghafal atas umatku empat puluh hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.”

3. Perform Hajj
4. Visit Rasulullah

  Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)
Sesiapa yg menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku. (HR Dar Qutni)

5. Visit Masjidil Aqsa & Perform Solah there

Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu bersusah payah untuk bermusafir kecuali untuk menuju ke tiga tempat : Masjid al-Haram, MAsjidku ini (MAsjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa? Barangsiapa yang bersolat di masjid ini akan mendapat 500 kali ganda pahala.

Berdasarkan hadith : Sabda Rasulullah S.A.W : "Solat di masjidil Haram bersamaan 100,000 solat, bersolat di masjidku bersamaan dengan 1000 solat, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 solat".

HR Tabrani

6. Produce a book/novel
7. Produce a software/system Done~ eMAS for Isef, n also Database Batch 05~!
8. Get a "Dr." title
9. Get an "Ir." title
10. Visit Paris / Europe Moscow is in europe~!!
11. Learn Japanese @ Foreign Language am learning russian~!
12. Save someone’s life
13. Marry a woman who loves Allah, not me
14. Convert somebody to Muslim
 

Resume

Monday, January 1st, 2007

CURRICULUM VITAE

 

MOHD
SYAMIRULAH BIN RAHIM

Room 218,
Hostel 3, House 5, Medicine Street, 603104, Nizhny Novgorod, Nizhegorodsky
Oblast, Russian Federation

+79200348168
// +60194089562

Sham5075@gmail.com // http://leokid.blogs.friendster.com

EDUCATION

 

· Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Permai, Pulau Pinang  (1995-1997)

· Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Kelantan   (1997-1999)

· Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek, Terengganu   (1999-2000)

o Ujian Penilaian Sekolah Rendah, 5A

· SMK Bandar Kuala Terengganu, Terengganu    (2001)

· Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim, Kedah   (2001-2005)

o Penilaian Menengah Rendah, 8A

o Sijil Pelajaran Malaysia, 10 1A

· International Education Center    (2006)

o Program Persediaan Perubatan Russia

- Nizhny Novgorod
  State Medical University, Russian Federation

o Medical Degree

 

AWARDS

 

· Anugerah Pelajar Cemerlang 2000

· Pelajar Terbaik Keseluruhan 2005

· Johan Tunas Saintis Sains Komputer MRSM SeMalaysia 2005

· Ketiga, Pertandingan Catur Terbuka Individu Peringkat
Daerah Kulim dan Bandar Baharu 2003

· Kedua, Pertandingan Catur Terbuka Berkumpulan INTEC UiTM
2006

 

JOBS AND
TITLES

 

· Badan Pengawas Pusat Sumber Pembelajaran (2002-2003)

· Naib Presiden, English Language Society of MRSM PDRM 2003

-   Editorial Majalah Maktab  "IMEJ" 2003

· Biro Kebudayaan, Badan Wakil Pelajar (2005-2006)

· Presiden, Kelab Catur MRSM PDRM 2005

· Setiausaha, Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung MRSM PDRM
2005

· Web Administrator, www.mrsmpdrm.com (2005 - now)

· Web Administrator, www.imamrsc.com (2006-now)

· Biro Penerbitan dan Informasi, Persatuan Perubatan Islam
Malaysia Russia Students Chapter (2006-now)

 

EXPERIENCES

 

· Elocution, Minggu Bahasa MRSM SeMalaysia 2003

· Bahas, Minggu Bahasa MRSM PDRM 2003

· Debate, Minggu Bahasa MRSM PDRM 2003

· Pidato, Minggu Bahasa MRSM SeMalaysia 2004

· Tunas Saintis SeMalaysia, Projek Komputer 2003, 2004, 2005

· INTEL ISEF Qualifiers, 2005

 

COURSES

 

· Basic IT Course, Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala
Terengganu, 2001

· Kursus Kepimpinan Badan Wakil Pelajar, Chinta Sayang Golf
Resort, 2005

· Intensive Software Programming Course, Kulim Hi-Tech
Management, 2005

· Russian Language Intensive Course, UiTM, 2006

· Kursus Pensijilan Kahwin JAIS, UiTM, 2006

 

 

SKILLS

 

· Web-based Programming – Javascript, HTML, PHP 

· Content Management
System – Joomla, PHP-Fusion

· Software Programming
VB, VB.net, JAVA Net Beans

· Designing &
Multimedia – Macromedia Flash, Dreamweaver, Fireworks, AutoCAD, MAYA,  Adobe Photoshop

 

PUBLICATIONS
N PAPERS

 

· Petroleum Engineer: A
Real Reality, Unit Bimbingan dan Kaunseling MRSM PDRM 2005

· eMAS: E-Integrated
Management Administration System, Intel ISEF 2005

· Euthanasia and
Physician Assisted Death, Islamic Medical Ethics UiTM 2006

 

*my latest
publication and/or papers can be found online at my blog.

 

LANGUAGES

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Reading


Understanding


Writing


Speaking

Malay

 

10/10

10/10

10/10

10/10

English

10/10

8/10

9/10

8/10

Arabic

9/10

 

5/10

6/10

2/10

Russian

9/10

7/10

6/10

7/10

 

MEMBERSHIP

 

· Persatuan Perubatan Islam Malaysia

· Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia

· Ansara PDRM

 

 

My Wishlist~!

Monday, January 1st, 2007

Birthday aku 11th Ogos 1988. Atau kalau ikut kalendar Islamnye, 28 Zulhijjah 1408H. Maksudnye korang kena bagi aku hadiah 2 kali. Ye ke? Hehe…

Well, here are the things that I’ve been drooling of..

IT Gadgets // Multimedia

                  

Wears // Clothes

  • I need new clothes…for summer..

                  

Travel // Holidays

                  

World // Abstract

  • World Peace~!
  • Muslims more than 75% of the population
  • A revived ‘khilafah’ style of government..

 

This page will be updated accordingly =)