Archive for September, 2006

First Time in Russia~!!

Tuesday, September 26th, 2006

Assalamualaikum~!!

Haha…aku skang ni nak citer pasal diri aku kat russia je. Dari awal masa kat klia, sampaila camna aku bleh online kat sini, first night kat russia~!!

Well, flight aku pada malam 25 Sept, 2310Hrs dari KLIA (KUL) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Charles De Ghauss, Paris (CDG). Flight yang mengambil masa 12 jam 30 minit tu memang benar2 mengebaskan punggung aku. Hak2. Nasib baik Interactive System MAS cukup menghiburkan~!! At last aku habiskan 12 jam tu dengan selamat menonton filem She’s The Man, Senario Pemburu Emas Yamashita, Over The Edge serta main games2 yang ada. Hak2.

Dalam pesawat Boeing777 MAS. Excited gler~!!

6 pagi waktu Perancis. Setibanya di Charles De Ghauss (CDG), time tu mmg awal sangat pun. Nasib baik sepanjang flight kami ke Moscow ditemani seorang pegawai MARA, En.Shahidan. Time sampai tu mmg ktorang blur gak ar. Ikut je mana en.shahidan pergi. CDG mmg pelik giler, terminal dia jauh-jauh antara satu sama lain. In fact, nak gerak dari terminal ke terminal kena naik shuttle bas~!! Tapi pengalaman baru bagi kami adalah apabila menjejakkan kaki ke tanah Paris, angin sejuk bersuhu 14 darjah celcius berpuput, rasa macam satu dunia lam aircond~!! Hak2. Sempat gak beli souvenir kat paris, habis 12 euro aku. (12 euro x rm4.5 = rm54~!!)

Dengan ezuwan dalam shuttle CDG. Best n penat~!!

Seterusnya flight dari CDG ke Moscow, direct menggunakan carrier Aeroflot. Mmg best. Opps, before i go on, nak bagitau aku tak puase ari ni. Hak2. Bukan pe, antara sebabnya adalah aku sendiri dalam keadaan musafir, so lebih afdhal sekiranya ambil rukhsah yang diberikan tu. Pastu lak, tak dapat kenalpasti masuk waktu imsak dan maghrib sebab berlainan tempat. So aku tak puasa….n dalam flight aeroflot tu plak nasib bek dapat halal food, so tak lapar sangat la. Flight aeroflot dari CDG pukul 1145Hrs Paris, n setelah 3 jam 45 minit, sampaila aku ke moscow dekat2 pukul 6 camtu..(waktu moscow). Memula aku mmg letak least expect kat airport moscow, sebab diorang yang fly aritu pun cakap teruk. Hak2. Well, jangkaan aku meleset sekali. Kami tiba di moscow disambut dgn begitu selesa, siap nak lalu imigresen pun ikut lorong khas lagi~!!! Haha. Pastu amik bagasi, and then heading outside towards the bus. Dan pada ketika inilah, kesejukkan moscow yang pada ketika itu 7 darjah celcius, benar2 menggamit tangan…

Kat luar airport Moscow, sejuk~!!

Seterusnya kami dibawa dalam bas mengelilingi bandar moscow. Sempat gak ar tengok pasaraya Mega, (Gabungan Mega + IKEA + satu lagi shopping centre ala2 tesco, besar gler~!!), Victory Park, Bangunan Russian State University yang masyaAllah punyala cantik~!!, n lastly kami dibawa ke hotel kami, hotel Korston.

HOTEL KORSTON. Nama penuh dia KORSTON - HOTEL AND CASINO. Wow~!! 4 bintang punya hotel~!! Mmg tersedak aku bila dapat tau rate dia satu bilik lebey kurang rm1600 semalam!! Pulak tu kami dapat satu bilik 2 orang, semua govt. sponsor. Mmg mewah giler ar!!!! N then pulak disebabkan bulan puasa, maka breakfast kami digantikan dengan dinner, setiap malam sampai 28th Sept ni! Tapi makan bukan sebarang makan ar…aku makan caviar, pastu ade gak cheese, buah2buahan..mende2 camtu la. Mende2 daging of course tak halal..huhu…

Mewah giler makan...mmg super-high-class..

Red Caviar, with cheese, mushroom n etakdali..

Apa yang aku suka dengan hotel ni - mewah giler, bilik 2 katil (1 queen 1 single) yang bagak luas, internet wifi free~!!! Hahaha. Apa yang aku tak suka pulak - rasa bersalah pulak bila dimanjakan dengan kemewahan yang sebegini, tambah2 pulak dengan duit cukai rakyat…huhu…

Ini katil besar~!! Dalam bilik besar~!! Huahuahua

Aku tanya en.azman (pegawai jpa), sebab apa bagi hotel yang mahal sangat camni~!! Well, dia kata, kitorang sampai silap time la, hotel2 medium rate semua dah habis kene book. Diorg boleh nak bagi hotel2 murah 70usd semalam, tapi obviously hotel tu tak selamat la. Dan nak dibandingkan dgn hotel 4 bintang kami ni, mmg gler2 punye secure. Nak masuk hotel pun kene xray ngan scan barang!! Pastu lak kami tak dibenarkan langsung keluar sampaila 29th ni sebab passport kami kena tahan… tapi tak kisah. internet laju giler~!! Hahaha~!!

Well, taktau la esok ade apa yg menanti, tapi sesungguhnya Russia ni memang penuh dgn kelainan~!!!

My MasTeRpiEceS~!!

Wednesday, September 20th, 2006

This evening when i’m packing my things, suddenly  i found a file, containing some of my karya. Hak2. One thing that people doesnt know about me is actually when i was in MRSM, i love berkarya.

Just wanted to reminisce the old memory, i decided to publish some of my works here, so that all of you can read it and leave some comments~!!

My masterpieces are all created based on my mood, triggered by real-time events and some are based on my emotion. so, up to all of you how to evaluate it.

First of all, the longest poem i have ever created. Entitled "Suatu Perjalanan" (A journey), it tells about my love journey at the time. Basically quite emotional, but with some spiritual, science and mathematical (?) touch. Hehe.. At the time i wrote it, i was just give up my love life, just a few days before SPM. So the tone is quite melancholic..hak2. Anyway, try to understand it~!!

Suatu Perjalanan

Ingat senang ke?
Kau berlari ke hulu
Kau berlari ke hilir
Demi apa?

Cinta…
Chiss…mengarut!

Dalam wayang cinta bersemi dalam 2 jam kita menontonnya.
Dalam novel cinta bersemi dalam 2 hari kita membacanya.
Setengah-setengah orang ambil masa 2 tahun untuk cinta terbina.
Maka, apa deduksinya?
Untuk sintesis chinta kita perlukan satu tempoh yang tidak diketahui integernya!
Suatu integer rawak diskret yang hanya Maha Pencipta mampu meletakkan nilainya.
Sama ada ianya nyata? (Suatu kenyataan…)
Sama ada ianya infinite? (Takkan bertemu…)
Sama ada ianya imejan? (Suatu hari nanti…)
Hei, siapa kau nak decide semuanya?
Kau ingat kau boleh cabar ke kuasa Maha Bijaksana?
Ah, kau takkan dapat goyahkan taqdir!

Sudah! Cukuplah kau taburkan prinsip-prinsip dan matra angka.
Ku tahu kau dalam dilema.
Ku tahu kau tengah keliru.
Mari! Ku bawa kau susuri sejarah silam!
Baru kau tahu asam garam dunia.
Baru kau sedar altitud langit bezanya bumi!

Sejarah membuktikan!
Sirah memperlihatkan!
Betapa insan begitu tamak!
Tamak?
Ya, tamak mengejar keredhaan Ilahi!
Begitu khusyuk
Lidah kebas dilingkari zikr
Kaki lenguh melutut menghadap Baitullah
Dahi kebiruan lebam menyentuh Al-Ard.
Sedarkah kau?
Mereka mengejar redha
Tapi kau mencari cinta!

Insaflah betapa zuhudnya Rabiah al-Adawiyah
Tarafnya ‘andartu’ di zaman milenia
Rela membujang ke akhir riwayatnya.
Pernah ditanya, mengapa tidak mencari cinta?
"Ku tidak rela sesiapa merampas kekasihku"
"Siapa kekasihmu al-Adawiyah?"
"Allah cintaku yang Satu!"

Tapi aku…
Aku dah cuba!
Aku dedikasikan cintaku Lillahi Taala.
Aku sumpah! Tidak ku harapkan cinta melainkan demi keredhaan-Nya!
Ku cuba meletakkan Cinta sebagai prioriti utama.
Dan cinta sebagai cara ke arah mendekati Cinta.

Tapi sayangnya, Kid..
You depend solely on what you call as cinta..
Bila cintamu diduga
Kau mula alpa akan Cinta
Apa kau ingat cinta-Cinta ni flip-flop ke?
Bila cinta okay, kau zuhud sekali.
Bila cintamu mula goyah, kau mencari takdir.
Nak buat apa? Ajak bertumbuk?
Hey, Kid! Kau tak boleh cari gaduh dengan "takdir"
Sebab apa? Sekali Dia sebut "Kun!"
"Kun Fayakun!"
Apa-apa pun boleh jadi kat kau!
Kau boleh binasa!
Kau boleh mampus!

Aku tahu, cukup semua itu!
Dan semua itulah yang merunsingkan aku!
Mengapa semua ini berlaku?
Di saat dan waktu ini
Saat dan waktu getir ini!
Ya Allah, kau uji aku pada masa ini, mengapa?
Mengapa?

Dulu…aku pernah cuba mencabar kuasaNya.
Aku meletakkan kata dua pada Yang Esa.
(Siapa kau nak paksa Dia?)
It’s either You and me, God!
(Cantik bahasa? Tak sayang mulut ke?)
Tapi, apa yang terjadi
Dia buat donno je kat aku!
Dia berkuasa nak hukum aku
Dia boleh sumbingkan mulut aku yang celupar ni!
Dia boleh kudungkan tangan aku!
Ya, tangan aku yang begitu angkuh mengacukan genggaman ke hadratMu!
Tapi, Dia tidak berbuat sedemikian.
Dia tidak mengapa-apakan jasmani ini, spiritualisme!
Malah Dia masih menyalurkan oksigen kepadaku.
Dia masih meneruskan impuls di nodus sinoatrium
Memberi nyawa kepada nadi
Lihat! Allah tidak sekali-kali kecil hati dengan perlakuanku
Dia masih menyayangiku!!

Ku sedari semua itu
Sejak ku mula diuji, telah ku sedari semua itu
Tanganku yang dulu ku genggam
Kini ku depakan
Ku layangkan menghadap arasy memohon seribu keampunan
Mengharap sejuta rahmat
Simbolik anatomi sebuah kesyukuran

Allah
Ujian demi ujian kau timpakan ku hadapi dengan redha
Ya Muhammad, kau menyuruh ummah bersabar dengan dugaan.
Tabah menghadapi kesengsaraan!
Yakin akan kuasa Tuhan!
Telah ku sabar meletakkan batu asas keyakinan, ya Allah!
Aku sabar menanggung semua ini, ya Allah!
Aku sedar
Kesabaranku tidak setahap kesengsaraan Ayyub a.s.
Kesengsaraanku tidak setahap Muhammad s.a.w dicerca, dipukul, dicemuh!
Tapi Ya Allah,
Sedangkan Yunus hilang sabar akan kaumnya
Kau uji dengan bahaman Nun di tengah samudera.
Apatah aku yang hina
Tiada apa yang mampu aku lakukan
Selain mengharap belasmu, Ya Allah
Ku sangsi adakah aku tabah menghadapi dugaan seperti para ulul-azmi
Sedang dengan dugaan sebegini, aku mula sangsi,
Sangsi akan taqdirMu, Illahi..

Ya Zal Jalal Wal Iqram..
Ya Allah
Kesabaran hambaMu ini ada batasnya.
Sesungguhnya demi Mu aku tidak mengetahui
Setakat mana kesabaranku dapat bertahan
Diracun patogen penderitaan
Sedang zikr dan wudhu’ menjadi penawar
Solah dan puasa membentuk ketenangan
Ku impikan damai abadi, Ya Allah.
Ku redha sekiranya Engkau enggan memaqbulkan doaku
Cuma Ya Allah,
Kurniakanlah aku ketenangan.

Akhirnya kau sedar, Kid!
Kau sedar koordinatmu di sisi Illahi!
Kau sedar magnitudmu takkan menyaingi kudrat-Nya!
Sekarang beritahu aku, Kid!
Apa reaksimu?
Apa tindakbalasmu?
Apakah kau akan tunduk menuruti nafsu?
Atau mengekori dalil aqli yang palsu?
Atau memenuhi tuntutan keinginan, bukan deklarasi keperluan?

Diam kau, hati kecilku!
Kau yang bernama hati membisikkan aku kata-kata berpanah arjuna
Kadangkala intuisi yang kau cetuskan tersimpul leraian hawa syaitan
Benar kata hukamak tua
Akan dituruti hati kelak mati
Akan dituruti rasa kelak binasa
Jangan kau berani bentak aku!
Sesungguhnya dalam manusia ini ada seketul daging.
Refleksi diri tercermin di sifat daging itu.
Hitamkah? Atau putihkah?
Dan ketahuilah, seluruh cakerawala
Bahawa daging itu adalah kamu
Hati!
Kerana hati aku jatuh cinta
Kerana hati aku menderita
Jatuh hati..patah hati
Kenapa semuanya berkisar mengenai kau?
Laksana spiral memutar
Infiniti paksi, segalanya berteraskan hati
Kerna itu wujudnya frasa ‘Berhati-hati’
(Apa manusia tidak mempunyai hati?)
Kerna itu wujudnya frasa ‘hati kering’
(Apa selama ini ianya sentiasa basah?)
Kerna itu wujudnya frasa ‘berhati perut’
(Apa relevannya hati dengan perut?)

Ah, semuanya silap aku!
Membiarkan kau dicemari titik-titik noda hitam
Membiarkan kau busuk! (Busuk hati?)
Kerana kondisi kau yang buruk
Maka peribadiku kini teruk@
Berjaga-jaga kau, wahai hati.
Aku sudah tidak kisah kau dihancurkan
Aku tak peduli kau diretakkan
Aku biarkan kau dipatahkan
Selama ini aku terlalu memanjakanmu
Membiarkan kau menguasai jasadku
Kini tidak!

Aku nekad kali ini
Untuk berhenti mengejar
Untuk berhenti berharap
Aku harap intuisiku kali ini jitu
Insya Allah..

Pesanku untuk kawan2~!!

Saturday, September 16th, 2006

Message: Hye, to all my friends~!!

Well, tinggal 10 hari lagi je aku kat malaysia ni, so
dis is my message, perhaps the final one, to all
my friends.

first of all, minta maaf kpd rakan2 yang ada cuba
nak contact aku tapi aku tak layan. huhu. sorry
guys, lagi dkt aku nak fly ni, lagi bz life aku. hak2.

fly aku pada 25th sept ni kat klia. aku tak expect
semua kawan2 aku dtg time tu, tapi anda semua
adalah dijemput.

memula skali, pada hujung minggu ni (sabtu 16th
sept) anda semua dijemput datang ke kenduri
kesyukuran aku bertempat di Kg Nawa, Pokok
Sena, Alor Star, Kedah. Kepada rakan2 yang
berhasrat nak dtg memeriahkan kduri aku tu, feel
free to contact me, ok?

next week pulak, insyaAllah ahad atau isnin ni,
aku akan gy maktab kejap. jumpa cikgu2 n
junior2.

n then pada 25th haribulan ni (2 ramadhan,
insyaAllah) lepas sahur my family and i akan
bertolak ke KL. Kami student mara akan gather
kat gate C17 bermula pukul 8 malam. Check in
luggage pukul 9 malam, and berkumpul pukul 10
kat departure hall. So kalau ada yang nak datang,
the best time is around 8-9pm.

as i said before, aku tak memaksa korg datang.
maklumla nak gi klia bukannya murah@senang.

bilangan student mara yang akan fly 25th ni
seramai 13 orang, termasuk aku. seramai 6 orang
akan ke nihzniy novgorod dan 7 org lagi akan ke
volgograd. flight kami pukul 2310Hrs dari KLIA ke
Paris. Tiba di Paris pukul 0625Hrs (local time),
transit kat situ around 3 jam before flight dari Paris
ke Moscow pukul 0910Hrs. Dijangka tiba di
Moscow pada jam 1510Hrs (local time) = 1910HRs
waktu malaysia, 26th Sept.

Dari situ lak, kami akan stay kat moscow sampai
28th, before perjalanan 8 jam menaiki bas ke
nizhniy novgorod.

Tu je la my travel summary. Aku akan bawak
num.celcom aku ke russia, so korang still leh
contact @ sms aku cam biasa (international
charge rate) but i cant guarantee to reply.

academic year kat russia bermula october ni, and
then first oliday kami pada hujung january/awal
february selama around 2 minggu. tak tahu la
sama ada aku akan balik malaysia atau spend my
holiday kat russia.

tapi yang pastinya, pada cuti panjang nanti (julai
ke september, 2 bulan) aku akan balik malaysia.
my further planner akan aku bagitau dari masa ke
semasa.

cam biasa, aku still akan active friendster, yahoo
messenger, dan juga skype. same as for
mrsmpdrm.com. so i hope we’ll be keeping in
touch~!!

sekian sahaja dari aku, study la lek lok ek. kita
masing2 ada cita2, so go for it~!!

assalamualaikum.

FiRsT wAvE~!!

Thursday, September 14th, 2006

Wargh~!! What a tired day~!! Been rushing to and fro kuala lumpur, in two days~!! Hak2. Well, it’s an enjoyable experience, and to me, personally, it was a sweet memory which i could never ever forget in my whole life.

Yesterday (13th Sept) was the flying date for MARA-sponsored students to Moscow. It was not an exceptional for me to go to the KLIA, be among the parents, relatives and friends waving goodbye towards them. Well, i can say that the purposes of my short trip to KLIA was a double-crossed fork. My main intention is to see and understand the procedures, what to bring etc2. Huhu, actually that’s the second intention. My main intention, main purpose is, to be there by ‘her’ side, and being with her at her special moment was indeed an unforgettable moments.

Here’s the chronology of my journey. 13th Sept, 1000Hrs i took an express bus here from Pengkalan Hulu, heading towards Kuala Lumpur. Arrived there about 3pm, i took a shuttle to KLIA, and i lepak2 at KLIA since 1700Hrs. I wasnt quite bored, enjoying the free WiFi KLIA services which had started recently.

And only about 1930Hrs, miss penny, dr.yamin and ms.roline turn up at the airport, with farrah and her family. And soon, the crowd started to gather..

About 2030Hrs, MARA Officer en.fairul rafiq came and started distributing their passports, tickets and visas. 2100Hrs, they checked in, and 2200Hrs they started to gather at the departing hall. Their flight took off at 2350Hrs.

While for me, i went back to Concorde Hotel at 2230Hrs. Have quite an unwell sleep (huhu)….woke up early dis morning, took ERL back to Kuala Lumpur and again, express bus back to my hometown.

Yeap, i was very tired~!! Hak2. Yet very satisfying. Y? Because i was there by her side when she indeed needs me. I was there to congratulate her, and to comfort her. I was there, perhaps for the last time before we wont b seeing each other for quite a time, and we’re having quite a nice soothing chat. I was there, finally, to express my feelings, and for the first time, to say ‘i love you’ ryte in front of her.

Ok, enuf bout her! hak2. am going to miss her so much!

as for mine, generally, it was quite a touching event. memorable. tears coming down by the mother’s cheek, and the cries of the little kids wont let go off their hands from the brother and sister and so on. it was very touching.

my time will come soon. and i hope by that time i’m ready.

FiNale~!!

Saturday, September 9th, 2006

Writing here from Pengkalan Hulu, Perak, 10th Sept 2006 1330Hrs. Weather: Hot and humid. Mood: Blurry

It’s just another fortnight away. Hurm…dunno what’s going on in my mind ryt now. Quite in a blurry condition.

But i found myself changed. A lot. Maybe my spontaneous mental preparation towards a new condition and environment in future. I changed a lot recently. Physically, i eat much more,maybe knowing that i might not have any taste of malaysian delight for quite a long time later..huhu. As for my mom, she cooks A LOT. Dare to say that every meal i have is a special one. For instance, today lunch we’re going to have ‘ketam masak lemak’. I dun noe whether ketam is served in nizhniy or not. lol.

that’s about physical changes. hm…not much actually. but my emotion and personality had also changed a lot. Here, i want to apologize a LOT to all my friends. I know u all have been trying a lot to contact me, sending me sms, miscalled, email, buzz me in the ym and so on, and i dun reply them~!! huhu. It’s not that i have forgotten all of you, (no and never, insyaAllah). But i have this kind of feeling in my mind. "It is better for me to disappear in other people’s mind, slowly, eventually, rather than a lot of people around me crying for me". And it is also easier for me to bear this kind of hard-sad-feeling, for leaving Malaysia..

Chidori-chan, rosyanti, adib, faiz, rohini, i dun noe who else.. Sorry for ignoring you all~!! Never forget you!

Last week got money from mara. Rm14k. Wow~!! First time in my life i ever holding that sum of money! Real money~!! Haha. Hmm, i took out a total of rm1.5k to buy a mp3 player and a digicam~!! =>

am in sad condition. my beloved - mma - this wednesday - leave her - sad - take care - huhu.. - love you always.

got to go now, my lunch is ready. will find a time to write again b4 i fly. thanx for reading.luv malaysia so much~!!