Al Fatihah..
August 31st, 2007 by leokidKullu nafsin zaa iqatul maut..
"Hang nak pi Russia tu 6 tahun? Tokwan tak tau la sempat tak sempat 6 tahun tu.."
Ayat yg tokwan keluarkan, time aku baru nk fly tahun lepas. Bagaikan satu dejavu, sememangnya aku rasa cam ada betulnya cakap tokwan time tu, cuma aku tak menyangka, ianya begitu cepat berlaku.
Hanaffi Jaafar. Itulah tokwanku. Biasa kami org kedah panggil ‘wan’ saja. Wan aku pergi secara tiba-tiba. Memang sebelum ini dia ada menghadapi masalah jantung, tapi siapa sangka dia pergi akibat strok. 4 hari lepas aku berkesempatan pulang ke kampung. Dia sihat lagi. Masih boleh bermain-main dgn cicitnya.
"Hang dah makan nasik, Syam?"
Itulah ayatnya terakhir yg aku ingat di pertemuan terakhirku dengan wan aku. Wan aku mmg pendiam. Jarang bercakap.
Sepulangnya aku dari kampung, aku n family terus ke KL untuk menguruskan persiapan terakhir keberangkatanku pulang ke Nizhny. Hari first kami di KL, kami diberitakan wan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana mengalami seizures. Setelah dimasukkan ke ICU, wan di dalam keadaan koma.
Sehari wan koma. Kami sekeluarga mengagak wan akan segera sembuh kembali. Ini bukannya first time wan masuk hospital. Dah banyak kali dah, akibat masalah jantung. Ubat preskripsinya sahaja ada 8 jenis.
Akhirnya pagi hari khamis, satu lagi berita sampai. Wan nazak. Baru kami tengah berkemas2 dan nak menghantar aku ke KLIA, panggilan terakhir diterima - wan dah meninggal. Tengahari khamis, 30 Ogos.
Family aku nak bergegas pulang ke kampung untuk menguruskan pengebumiannya. Cadangnya nak tinggalkan aku kat KLIA dulu, n then baru parents aku pulang ke kampung. Tapi tengahari tersebut terlalu sibuk. Jalan jammed sana sini. Kami sesat jalan berapa kali nak ke KLIA. Waktu tu dah nak dekat 3 petang, maka abah buat keputusan, kalau pi KLIA dulu mmg tak sempat nak patah balik ke AS malam tu.
So aku call MAS, book tiket flight awal pagi 31 Ogos dari Penang ke KLIA. Syukur alhamdulillah, masih ada availability. Terus after that, kami satu family berkejaran pulang ke Alor Star.
Tiba di Alor Star, sudahpun maghrib. Jenazah wan diletakkan di ruang tamu. Kak Siti - kakak saudara aku; sayu membacakan alQuran. Matanya, bengkak - tidak tidur2 lagi sejak wan masuk hospital. Aku lihat jenazahnya di perbaringan. Bersinar, seolah-olah sedang tersenyum. Tiada tanda-tanda keperitan. Mataku bergenang.
Aku bersyukur sangat, kerana dengan kuasaNya yg Maha Agung, aku diberi kesempatan. Kesempatan untuk menguruskan jenazah wan. Dari memandikannya, mengafankan, mengiringinya ke kuburan, menyembahyangkannya, hinggalah ke dalam liang lahad menyambut mayatnya, mengebumikan serta membaca talkin. Alhamdulillah.
I believe that day was the best day for him to go. I couldnt possibly ask for more from Allah. The preparation went well without trouble. That afternoon, the rain pours delicately, softens the soils. Few hours after he left, hundreds of villagers gathered at his house to pay some respect. From what i’ve heard, he left without any regrets, at all. His will had been passed on clearly. Syukur alhamdulillah.
Dan yang paling aku syukuri sekali, betapa hebatnya perancangan Allah, sehingga diberikan ke atas aku ruang masa yang sedikit namun cukup untuk aku taburkan bakti yg terakhir ke atas arwah tokwan ku. Maha Suci Allah!
Selepas upacara pengebumian, maka ayah aku drive aku ke penang pukul 3 pagi tadi, lalu aku naik flight dari Penang ke KL. Dan dari KLIA, aku skrg on the way kembali ke Nizhny.
Banyak perkara terjadi ke atas diri aku sepanjang cuti ini, namun aku masih tidak punya masa untuk dinukilkan ke dalam blog ini. InshaAllah, akan aku update sedikit sebanyak dari masa ke semasa.
As for my arwah tok wan, aku dengan ini memohon agar kita semua sama-sama membaca alFatihah bagi mengenang kehidupan beliau yg telah berlalu, dan sebagai peringatan kepada kita semua bahawa sesungguhnya tiap-tiap yg hidup pasti akan merasai kematian. Al-Fatihah..
Tribute to Allahyarham Hanaffi bin Jaafar (1929 - 2007). May his souls lies in the love of Allah and be by His side until the day which had been promised, inshaAllah.
Tak bercahaya namun kau berseri~!
July 21st, 2007 by leokidKumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya…
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua…
p/s: lagu ni pun best gak~! =p
I Just Want You To Know Who I Am~!
July 18th, 2007 by leokidAnd I’d give up forever to touch you
Cause I know that you feel me somehow
You’re the closest to heaven that I’ll ever be
And I don’t want to go home right now..
And all I can taste is this moment
And all I can breathe is your life
And sooner or later it’s over
I just don’t want to miss you tonight
And I don’t want the world to see me
Cause I don’t think that they’d understand
When everything’s made to be broken
I just want you to know who I am
And you can’t fight the tears that ain’t coming
Or the moment of truth in your lies
When everything feels like the movies
Yet you bleed just to know you’re alive.
And I don’t want the world to see me
Cause I don’t think that they’d understand
When everything’s made to be broken
I just want you to know who I am
And I don’t want the world to see me
I just want you to know who I am
Cause I don’t think that they’d understand
I just want you to know who I am
When everything’s made to be broken
I just want you to know who I am
I just want you to know who I am..
one of my all time most favourite songs..
Jom berforum!
July 9th, 2007 by leokidSalam!
[Post ini adalah untuk mengisi kebuhsanan aku sebelum aku pi jumpa pa'li tghari ni amik deck magic aku..miahaha!]
Aku suke berforum. Ni antara habit aku bila masa aku online di internet. Dalam kehidupan di negara asing ni, availability untuk bersosial amatla terhad. Tambah2 untuk berkongsi pengetahuan n isu2 semasa yg terjadi di tanah air sendiri. So, aku berforum!
Bagi yg tak biasa dgn foruming ni, mesti akan tertanya2 - amende berforum di internet ni? Macam forum perdana hal ehwal islam ke? debat2? gaduh2?
Well, takrifan aku untuk habit internet foruming ni adalah - satu kegiatan sosial di mana kita boleh berkongsi2 pendapat, pandangan hatta bersembang di ruang2 web komuniti.
Tempat yg paling aku suka untuk berforum adalah kat http://forum.jiwang.org - walaupun namanya Jiwang, tapi ni bukan tempat org2 jiwang saje tau! Banyak jenis org ada kat sini - dari pengurus kontena port klang, programmer, cikgu2 skolah, mahasiswa2 universiti, pelajar ilmu2 hadis, web designer, budak2 sekolah, bini2 org, penyamun, penyagak, ghei (hehe), semua jenis org ada kat sini. Tu pasal aku suka berforum kat sini!
Aku suka berforum sebab dengan berforum, aku dapat melihat sesuatu topik @ isu dari sudut pandangan org lain. Aspek ini penting, terumatanya apabila kita terpaksa membuat sesuatu pilihan, kita takleh rely solely on pandangan kita semata2! Begitu juga dengan topik2 lain. Kita mungkin fikir sesuatu topik tu positif, tapi dengan berforum, kita turut boleh mengetahui pandangan yg sebaliknya!
Satu lagi tempat yg aku suka berforum adalah kat forum Friendster nih (groups). Ada 2,3 groups yg aku join, antaranya Usrah Online, Medical Students dll. Seronoknya sembang kat forum friendster ni bila ramai2 org yg gather mempunyai satu persamaan. Sebagai contoh, group Medical Students - kebanyakannya terdiri dari students medic - so boleh sembang macam2 perkara berkaitan medic yg out of common knowledge. Begitu juga group Usrah Online, jiwa ini rasa bersemangat apabila berkumpul dengan banyak jiwa2 lain yg ingin ditarbiyyah dan berhasrat untuk mentarbiyyah!
Kelemahan groups kat friendster ni adalah - kebanyakan moderatornya seolah2 tak wujud di dunia ni. Hehe. Perbincangan dibiarkan berlayar tanpa tujuan, dihambur ombak, bagai lalang diliuk mengikut hembusan angin si peniupnya. Begitu juga apabila perbincangan menjadi out of control apabila user2 masing2 dipengaruhi emosi dan saling keji mengeji antara satu sama lain - akhirnya menjadi pergaduhan maya. Bukan best gaduh2 kat internet ni, it’s like you’re participating in Paralympic - although you win, you’re still retarded.
Sebagai contoh dalam satu perbincangan di group Medical Students, cukup hangat apabila timbul situasi keji mengeji dan saling tak puas hati antara satu sama lain (certain2 users). Yang aku kecewa tu, sudah mencarut2 mengeji2, last2 sebut nama ALLAH kat last. Mereka dikuasai syaitan apabila marah, tapi masih lagi cuba menegakkan nama Allah dalam keadaan itu! Kalau ye pun tak malu kat user2 lain, malulah dengan Allah! Kecewa betul apabila komuniti yg terdiri dari para professional (bakal2 doktor) gaduh2, mencarut2 seolah2 barbarian yg tercekik tulang ikan!
Nasihat aku kepada korg yg nk gaduh2 tu - korg nak gaduh pun, pastikan jangan babitkan org lain secara total. Jangan bawak imej korg yg buruk tu kat org lain lak. Maksud ‘babitkan org lain’ tu termasuklah bila korg gaduh, org kata "tgk ada 2 budak melayu gaduh" - tu dah kaitkan org lain tu, org melayu!
Sama cam org lain yg nak buat dosa. Termasuklah pompuan2 yg tak pakai tudung tanpa sebab2 syari’e, pakcik2 yg pi beli judi tanpa sebab2 syari’e, member2 yg berkapel tanpa sebab2 syari’e, aku nasihatkan korg jgn babitkan org lain dalam perbuatan korang tu. Pendek kata, JANGAN JADI ISLAM! or even better, JANGAN JADI ORANG! Korg tak terasa, tapi aku pernah malu nak jawab bila ada member non-muslim aku tanya : kenapa ada perempuan Islam yg pakai tudung, ada yang tak pakai tudung? Kenapa ada perempuan Islam pakai tudung, berkepit2 dengan boyfriend? Kenapa itu Haji baru balik aja sudah singgah itu 4D?
Korg tak menjawab, tapi org Islam lain - org Melayu lain - manusia lain yg terkena tempiasnya! Selfish n parasit betul la korg2 ni, sendiri busuk lagi nak busukkan org lain.
Camtu jugak setengah2 org yg kata - ala, diorg pun camtu gak. Bila kita tegur org tak pakai tudung, dia kata "ala, artis pun camtu gak". Bila kita tegur konsert jomheboh tu haram, org jawab "ala, kerajaan yg anjurkan, diorg la yg tanggung". Bila aku sound camni, ade je org kata "ala kid, ko tu cam bagus je nak sound2 org. diri sendiri pun tak tentu masuk syurga"
Well, sedar la sikit, yg nak judge diri kita ni bukan org lain. Bukan diri aku. Bukan pandangan masyarakat. Bila ko tak pakai tudung, bukan ustaz ko yg bagi ko pahala/dosa. Semua kuasa milik Allah! Malu la dengan Allah!
==========================================================
(Sori2, emo lak…dah tu tersasar jauh dari topik asal lak tu. Hehe)
Well, kembali kepada topik asal - foruming. Ni antara point n nasihat aku kepada korg yg nk berforum
1. Stay neutral. Berforum bukan berdebat, it’s not about winning or losing. It’s about sharing opinions among each other. Don’t get mad if ur opinion is unacceptable by others.
2. Don’t provoke others’ argumentation. Respect each other, and others shall expect u.
3. For foruming about fiqh Islam, dun take everything that is spoonfed to you. Pastikan semua kenyataan @ fatwa adalah berdalilkan alQuran dan Sunnah. Jgn terlalu taksub dengan khilafiyyah.
4. As for foruming about aqeedah, jgn terima (langsung) apa yg dibincangkan, atau dlm kata lain, jgn berdebat. Just express ur opinion, in such a manner way. Perlu diingatkan dalam belajar bab2 akidah, hadis 1/40 Nawawi kena apply - tengok tatacara Jibril ‘menuntut’ ilmu akidah dari Rasulullah - penuh adab dan tertib. Sedangkan kita manusia biasa di sisi Allah, apakah layak kita untuk mendapatkan ilmu aqidah hanya dari pembacaan (lebih2 lagi di internet) ? So, kalau nk belajar aqidah, cari la cikgu..
5. Kalau nak gaduh2 atau tak puas hati dgn certain2 user, jgn kacau org lain. Bergaduh secara private (emel, chatting sesama sendiri). Korg ‘mati’ pun tak busuk.
6. Follow the rules. Kalau cam korg nak berforum kat forum.jiwang.org, maka ikutla rules n regulation yg ditetapkan admin. Rules are meant to be followed. Kalau takleh terima, pi buat forum sendiri. Miahaha.
Sekian, salam!
This month’s planning!
July 8th, 2007 by leokidSalam!
Updating this blog from the comfort of my own room in Pengkalan Hulu, Perak! Hehe.
Well, lotsa things to be done during this holiday. Huh, i’ll just list them here.
====================================================================================
Minggu 1 (9-15th July)
Minggu ni tak banyak mende best. Spending 2,3 hari melantak sepuas2nya masakan kat umah (tgh kenyang makan ketam masak lemak..hehe). InshaAllah esok planning to balik umah kat Padang Besar, lepak kat sana sehari dua, pastu continue balik umah kat Alor Star lak. Pi kampung, jumpa sanak saudara, sembang2. N then, by weekend (jumaat kot), pi KL balik. Jumpa MARA kat pejabat dia, hantar result. Pastu jumpa Miss Roline kat Russian Resorce, nak kena mintak dia tlg endorsekan sijil INTEC dari Russian Embassy. Dalam pada tu, nak kena pi INTEC jumpa bakal2 junior (hoho), bagi presentation sket pasal life kat Nizhny. Hehe.
Minggu 2 (16-23nd July)
Sekembalinya dari KL, rehat kat umah 2,3 hari je, pastu turun ke Kulim kejap. Ada kena tolong junior2 kat MRSM PDRM buat research diorang, n nk buat presentation skali. Pi jumpa cikgu2, kawan2 lama. Sapa2 member aku yg nak pi skali minggu ni? Jom!!
Minggu 3 (24-31July)
Minggu ni sempat rilek sekejap je, pastu nak kena pi Kota Bharu untuk conference Islamic Medical Symposium. Spend 2,3 hari jap kat KB, pastu maybe sambung terus dengan program tarbiyyah kat sana lagi 2,3 hari kot. Tak tentu lagi, depends on perancangan akan datang.
Minggu 4 (1-8th August)
Balik dr KB, lepak kat umah sehari dua. Pastu nak kena turun KL balik. Nak singgah kat PC Fair, cari HDD ngan laptop cooler baru. N then pi HKL cari buku medic 2,3 bijik, n then doing some shopping there (gosh, my shoes really need replacements!)
Minggu 5 (9-16th August)
Currently no planning - stay sambut besday kat umah jela kot. Hehe.
Minggu 6 (17-24th August)
Kena travel jauh ke Johor Bharu, untuk program Sunathon anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Dari johor bharu akan travel sampai ke Endau, n then lepaking kat Tioman sampai 23hb. Quite a holiday, i’ll say.
Minggu 7 (25-31st August)
Final week, rehat2 kat umah, makan semakan makannya. N finally, 31st august, flight balik ke Nizhny Novgorod!
===================================================================================
So, my friends, THIS is my planner! As you may have noticed, it’s not that i’m spending my days here on my own in my home. Quoting from Grey’s Anatomy, "We are medical students! Time is one of things that we don’t own for ourselves!"
Recently ada ar 2,3 org member komplain - aku dah makin sumbunk skrg, kerek, jual mahal etc etc. Hello~ i barely even have spare times to my own family! Tambah2 time dkt2 exam haritu. Please note that if you’re going to be friends with med.students, bear in mind that you are the very least they thinkin’ about it their mind! (i mean it). There’s a lot more that running in my mind. Did i forget to mention in my planner that i have to study for Histology during this holiday, as there will be a test in the first week of September? Ah, i also forget to mention that i have to travel to Gerik to take my ‘repairing’ handphone. And to go to Penang to claim the laptop purchasement receipt, before going to KL and claim it from MARA. Not to forget my cousins’ wedding. And going to Baling to take my parcel from Pa’li. And usrah gathering with Ustaz Fawwaz. Gimme some break, will ya all?
Here are some notes to my friends:
-
I have 3 handphones - use the technology if you’re dying missing me. Dont bother ym’ing me, because internet connection in my place is damn suck that i have to go online using web messenger.
-
I bought quite a large plastic bag filled with Russian souvenirs. The rules goes "First come first serve" and "Ladies first" (hehe). So, based on my planner, whoever wanna meet me (in KB, or KL, or INTEC, or Johor - date according to the timetable above) just gimme a ring.
- Feel free to contact me via +60194089562. See ya!
ps : pardon for the harsh words. no hard feeling, k?
Leaving with a jet plane!
July 3rd, 2007 by leokidAssalamualaikum.
I’m bored. Really bored. There’s another 2 days before my flight back home. Oh, yeah. Let me state here again my flight schedule. I travel home with Iqbal, the shoppaholic friend..hehe
On Thursday, 5th of July, Iqbal and I will be taking a cab to the Nizhny Novgorod Airport at 1900Hrs. Arriving there around 40 minutes later, we will be relaxing there, waiting for flight S7003 which is scheduled to take off at 2145Hrs, and will be expecting to touch down at Domododevo Airport, Moscow 45 minutes later.
At Moscow, we shall wait until 0225Hrs 6th July, for flight QR867 operated by Qatar Airways to Doha, and we will arrive in Doha at 0630Hrs Doha time.
Well, since my next flight is 13 hours later, guess that there’s plenty of time to be wasted. Apparently, Qatar Airways is very kind, and will be providing me with a hotel room to be spent along the period. Things quite different for Iqbal though, since he got an earlier flight to KUL than me, which means his transit at Doha will consume only about 8hrs. Huhu.
Lotsa sightseeing to be done, and am also planning to perform solat jumaat at Doha (inshaAllah, who would’ve thought maybe al-Qardawi will be the imam? Hehe). Then at 2030 6th July, i will be onboard flight QR620, heading to KLIA, and is scheduled to arrive at 0910Hrs 7th July KL time…
=====================================================================
So, what i’m doing ryte now? Well, just quit watching Final Fantasy Advent Children (after halfway through, lost my interest). Yesterday watched Pirates of Carribean : At World’s End. Nice movie, huh! Hehe.
I’m bored. Really am. Ok guys, see ya later at Malaysia - Bittersweet Home.
p/s: This blog has a backup site at leokid.wordpress.com. Feel free to stop by!
p/s/s: Currently working on a project - MedicLife - medicstudent.wordpress.com
Post-Examination
June 28th, 2007 by leokidScene 1 - Dalam bas - Chemistry Exam.
"Ko boleh lagi mengantuk dalam bas, tgh org lain chuak nak exam ni?"
Shanjif menyapa aku yang menguap luas, mengalahkan hipopotamus dalam lopak.
"Ko kene faham, Shanjif, bila aku nervous, aku kekurangan oksigen. Sbb tu aku menguap!"
Scene 2 - Biology Exam!
"Teacher, i’ve never got any good marks in class.. can you give me piat (5) this time?"
Elena Mikhailovna usha slack kat aku. Pastu dia nak tergelak kejap. Dia usha slack kat aku lagi.
"Ok..tell me please, what do you know about ‘Processing’?"
Aku pulak blur. ‘Processing’ hapekejadahnye ni….
"Processing, as in protein synthesizes?"
Dia menghanggukkan kepalanya. Aku tahu protein synthesis! Dari awal2, replication, Okazaki Fragments, translation of RNA, transcription, Helicase, Ligase, sumer aku tau! Tapi mana penah aku dengar pun ‘Processing’? ‘Splicing’ ada ar, proses di mana hnRNA undergo splicing for removal of introns, retaining only exons in order to convert succesfully into mRNA.
"Er..processing is included in protein synthesize process, in which started by transcription which contains 3 phases - initiation, elongation and termination.."
"I know about protein synthesize. Now tell me about ‘Processing’"
Aku dah blur. Lalu ku menundukkan kepalaku tersipu2..
"I think i’m okay with 4 teacher.."
Scene 3 - Exam Latin.
Tatiana Mitrofanova membelek2 kertas jawapan aku. Tersengguk2 dia check setiap patah perkataan yg aku tulis. Sengaja nak cari kesilapan agaknya, dia mmg camtu - bukan boleh tgk ada kertas yg betul semua, mesti ada ja yg dia nak salahkan.
"Good, perfect! You got all correct in grammatical section! Excellent! Now tell me, what’s the difference between 3rd declension nouns with ending -o between masculinum and femininum gender?"
"Owh. The 3rd declension nouns with ending -o are exactly two syllable in masculinum gender, and are multisyllable in femininum gender."
"Good. Now tell me, in what type the adjectives of 3rd declension are defined?"
"Hmm…in vowel type, teacher"
"Good! Excellent! Perfect!"
Aku terkejut. Alhamdulillah! Hidung aku dah start kembang, tambah dengan word ‘Perfect’ yang dia bagi tu, inshaAllah takdak halangan ar aku nak dapat piat. Tapi lepas ni ar masalahnya, part clinical terminology lak. Huhu.
"Good! You got almost all correct in clinical part. Only one or two mistakes, it’s forgivable."
"Thank you, teacher!"
"Now tell me, what does ‘propaedeutica’ means?"
"Err…introduction to medical discipline?"
"No, it’s introduction to clinical medical discipline. Now tell me, what do the word ‘pathologia’ means?
"Er…study about diseases."
"You’re right, and the other meaning?"
"The other meaning??"
"Yes, the word ‘pathologia’ has two meanings. Don’t tell me that you don’t know them both!"
"Er..i knew teacher, but i forgot"
"That’s it. You only got 4."
Damn it! Can you guys imagine in?? Perfect in Grammatical section! Perfect in Clinical writing section! Only several mistakes in Clinical oral question, and i’m down one grade!!
Well, that’s Russian Examination style. Sepanjang exam ni, syukur alhamdulillah, aku takdela teruk sangat pun. Got 4 for my Biology, Physic and Latin, and 5 for my Chemistry. As for Malaysian Examination System, 5 (otlichna) is equivalent to A (Excellent), 4 (kharasho) to B (Good), 3 to B (satisfactory) and below that is fail - means you have to retake the exam either this semester or next semester.
Syukur alhamdulillah semuanya dah berakhir! Tak sabar nak balik Malaysia~!!!
Mata lelaki….
June 20th, 2007 by leokidJust a quick copy-paste tazkirah, gotta prepare for the final paper tomorrow, Latin Language. Pray for my success~!!
Rahsia yang perlu dijaga…..
…
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
…
Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
…
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.
…
Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.
…
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
…
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
…
Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,
Maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,
Dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,
Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu kenapa?
…
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
…
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
…
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
…
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.
…